Majlis bacaan Yasin, tahlil sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Negara malam ini

28/12/2008 4:22pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah 1430 Hijrah Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Masjid Negara di sini bermula pukul 6.30 petang ini.

Ia akan dimulakan dengan forum khas sempena kedatangan tahun baru Hijrah sebelum diikuti dengan majlis bacaan doa akhir tahun 1429 Hijrah dan bacaan doa awal tahun 1430 Hijrah.

Selepas solat Maghrib berjemaah, program akan diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan hadir ke majlis tersebut.

Selain itu, menteri-menteri Kabinet beragama Islam dan tetamu kenamaan yang lain dijangka turut hadir ke program tahunan itu yang dikelolakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

http://www.utusan.com.my/

One response to “Majlis bacaan Yasin, tahlil sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Negara malam ini

  1. jom sokong Sdr Kamarul Irzuan dan Pewaris Malaysia dalam isu Haramkan Freemason di Malaysia. Sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut http://pewarismalaysia.blogspot.com/2008/12/bertahun-gerakan-freemason-bertapak-di.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s