Kedah timbang guna Perdana V6

ALOR STAR 30 Dis. – Setelah dikecam oleh pelbagai pihak sebagai tidak patriotik, akhirnya kerajaan negeri Kedah bersedia untuk menimbang semula penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi Exco dan pegawai kanannya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamed Shukor Ibrahim di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

“Saya berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan oleh pihak Proton tentang masalah dan cara penyelenggaraan kereta tersebut.

“Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pegawai kewangan dan pentadbiran negeri sama ada untuk meneruskan penggunaan kereta Proton atau menukarnya dengan kereta jenis lain,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pertengahan bulan ini, kerajaan negeri Kedah dilapor akan mengikut langkah kerajaan campuran Perak menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive dengan jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.

Menurut Azizan, sehingga kini kerajaan negeri menggunakan 16 Proton Perdana V6 Executive dan 10 Proton Perdana yang dipakai sejak 2003 sebagai kenderaan rasmi.

“Kita sudah pakai kereta ini enam tahun dan pihak Proton juga mengakui ada beberapa masalah yang dihadapi pengguna-pengguna kereta yang dikeluarkan pada 2003.

“Mereka juga ada membuat tawaran daripada segi penyelenggaraan dan servis kereta tetapi semua ini masih dalam peringkat perbincangan,” ujarnya.

Azizan menambah, walau apa pun keputusan yang diambil, beliau akan memastikan keputusan itu adalah yang terbaik untuk semua pihak iaitu pihak Proton dan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Mohamed Shukor berkata, pihaknya mendapati para Exco dan pegawai kanan negeri menggunakan kereta tersebut secara maksimum.

“Dalam setahun kita mendapati jumlah perjalanan para Exco melebihi 80,000 kilometer berbanding pengguna biasa yang hanya bergerak kurang daripada 70,000 kilometer setahun.

“Pihak kami berbincang untuk menukar cara servis kenderaan tersebut untuk memastikan tahap kenderaan tersebut sesuai digunakan bagi perjalanan jauh,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s