Brek tidak berfungsi punca 19 kereta berlanggar – utusan malaysia

Brek tidak berfungsi punca 19 kereta berlanggar
03/01/2009 3:01pm

KUALA LUMPUR 3 Jan. — Kegagalan brek sebuah kereta berfungsi di tengah jalan mengakibatkan 19 kereta lain hilang kawalan dan berlanggar sesama sendiri dalam kejadian kemalangan di Jalan Parlimen pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi membabitkan pelbagai jenis kereta yang mengakibatkan kesesakan di kedua-dua hala jalan itu apabila ada bagi melihat kemalangan tersebut. pengguna jalan raya bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing bagi melihat kemalangan tersebut.

Seorang mangsa, Azizul Abd Halit, 25, yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan keretanya, berkata beliau yang cuba mengelak kereta di hadapannya telah berlanggar kenderaan lain.

“Saya mengelak daripada berlanggar kereta di hadapan tetapi merempuh kereta lain disebabkan kedudukan kenderaan yang agak rapat serta permukaan jalan yang agak licin mengakibatkan kami berlanggar sesama sendiri,” katanya yang ditemui pemberita di tempat tempat kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan dan setakat ini hanya empat pemilik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my

One response to “Brek tidak berfungsi punca 19 kereta berlanggar – utusan malaysia

  1. sentiasa pastikan kenderaan kita berada dalam keadaan selamat..
    jangan ambil mudah tentangperkara ini..
    jika ada bahagian yang rosak, segera perbaiki untuk menjaminkan keselamatan
    ketika memandu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s