Tanah: Kerajaan Perak tidak adil – Utusan Malaysia

Tanah: Kerajaan Perak tidak adil

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Kerajaan negeri Perak terus dikecam berikutan tindakannya menganugerahkan tanah milik kekal kepada 11 penduduk kampung baru di Kuala Rui, Gerik yang dilihat tidak adil kepada penduduk kampung tradisional dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberikan hak milik yang sama kepada penduduk kampung tradisional dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) kerana jumlah mereka lebih ramai.

Beliau berkata, alasan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa pemberian hak milik kekal itu bertujuan menjana pendapatan penduduk adalah tidak munasabah.

“Ia hanya menyerlahkan kelemahan beliau yang tidak menghiraukan nasib penduduk lain di negeri itu apabila sanggup menidakkan hak penduduk kampung tradisional dan RPT yang lebih ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan kerajaan negeri yang mula memberi hak milik tanah kekal selama-lamanya kepada penduduk kampung baru walaupun Majlis Tanah Negara (MTN) meminta proses itu ditangguhkan.

Dr. Zambry berkata, beliau tidak dapat menerima alasan kerajaan negeri kononnya pemberian tersebut bertujuan menjana pendapatan apatah lagi diskaun premium tanah yang diberi kepada penduduk kampung terbabit berjumlah sehingga 80 peratus.

“Kalau betul nak jana pendapatan sepatutnya bayaran premium tanah hak milik selama-lamanya mestilah lebih tinggi daripada tanah pajakan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara tersebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan telah dijawab secara sinis oleh Exco, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengatakan ia adalah rancangan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s