Harun buat kejutan tidak tanding, bakal hadapi tindakan AKIM

 

 

[DIKEMAS KINI 2 PETANG] KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Angkatan Keadilan Malaysia (AKIM), Harun Mohamad yang memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada saat-saat terakhir hari ini, dijangka berhadapan dengan tindakan disiplin parti.

 

Harun masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi tetapi tidak menyerahkan borang setelah mengubah fikiran atas alasan peribadi dan politik.

 

“Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.

 

“Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno,” katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini, hari ini.

 

Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding.

 

Beliau turut meminta penyokong AKIM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

 

Harun sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok.

 

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut Harun bakal berdepan tindakan disiplin.

 

Presiden AKIM, Hanafi Hamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

 

“Harun telah menghampakan harapan AKIM apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya kepada Bernama di Kuala Krai hari ini.

 

Di pusat penamaan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini, Harun yang juga dikenali sebagai Abdul Rahman, membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu tanpa memberi alasan yang spesifik.

 

Hanafi berkata walaupun Harun bukan merupakan calon yang direstui pihaknya kerana ia diumumkan oleh kumpulan lain dalam AKIM, itu tidak bermakna dia boleh bertindak sedemikian.

 

“Kerana kita tidak mahu perpecahan berlaku dalam parti, kita membuat keputusan supaya Harun diberi peluang bertanding tetapi tindakannya (menyokong calon PAS) tidak diterima oleh parti,” katanya.

 

Hanafi berkata majlis tertinggi AKIM akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil terhadap Harun.

http://www1.mstar.com.my/ 

One response to “Harun buat kejutan tidak tanding, bakal hadapi tindakan AKIM

  1. Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

    Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
    Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

    Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s