Malaysiakini perlekeh usaha bantu Palestin

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin.

Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

‘‘Mereka menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

‘‘Bukan itu sahaja, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut, perbuatan ini sungguh biadap dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

http://www.utusan.com.my/

4 responses to “Malaysiakini perlekeh usaha bantu Palestin

  1. bila semua benda nak dijadikan dilihat dari sudut politik ini la akibatnya…

  2. Inilah sebenarnya suara Yahudi Harbi n golongan sekular, pluralis, liberal dan sosialis -komunis (SEPILIS) di Malaysia. Memperlekehkan usaha murni kerajaan membela Palestine dan umat Islam. Itupun ramai yang tak sedar yang Yahudi ni sememangnya berharapkan ada media di Malaysia menyokong mereka. Bahkan ada yg bersahabat baik dgn mereka semata-mata nak jadi PM macam gay seorang tuh…ludahkan…

  3. khairulnizambakeri

    Sokong gerektua.
    Ini krisis kemanusiaan.
    Melepasi segala batas agama dan ras.
    Apatah lagi politik keanak-anakan Malaysia.

  4. Kita kena kenal siapa di belakang Malaysiakini !!! senang nak tahu apa agenda mereka.

    baca di sini :

    Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia. Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.

    Walaupun bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, yang juga pengarah IKD menamakan projek kerjasama antara IKD & KAF sebagai ‘Islam Tanwiri’, tetapi bau hamis ‘pluralisme’ dan ‘IFC’, masih belum dapat ditimbus.

    Untuk lebih jelas, baca artikel sebelum ini bertajuk “Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?”.

    Manakala FNF pula menumpukan kepada bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet) khususnya membantu karier Anwar. Yayasan itu memberi dana kepada Anwar Ibrahim Club (AIC) telah mengadakan bengkel melatih penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada penulis internet pro-Anwar seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Jeff Ooi dan Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today).

    Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.

    Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.

    Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.

    Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)

    Forum kebebasan dan demokrasi di Malaysia anjuran PKR dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Akrabnya hubungan Anwar dan PKR dengan yayasan Nasrani dari Jerman itu, hingga wakil FNF Malaysia dibenarkan berada di barisan hadapan (no 2 dari kiri-foto atas) bersama dengan kepimpinan tertinggi PKR. Persoalannya apakah agenda tersirat yayasan asing menaja sebuah parti pembangkang di Malaysia ?

    Untuk mencapai hasrat ini FNF telah menaja Anwar dan program-program PKR kerana dasar Anwar dan parti itu selaras dengan dasar yayasan nasrani itu.

    sumber : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s