PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid

Muda Mohd Noor | Jan 9, 09 12:12pm
Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat  Abdul Jalil dan Wan Ahmad Farid.
Bagaimanapun, beliau berharap Wan Ahmad Farid pandai membawa diri berdepan dengan pengundi Kuala Terengganu.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi  buah mulut di kalangan orang ramai.

Bukan sahaja  orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.

Dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu  yang akan diadakan 17 Januari ini, Wan Ahmad Farid menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam .

Abdullah juga mengingatkan pemimpin Umno supaya melupakan sekejap kempen untuk jawatan parti Mac depan sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekarang.

“Lupakan sekejap kempen tersebut kerana kita hendak menang dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

“Utamakan yang ini dulu, jangan sibuk untuk kepentingan parti,” katanya.

Perhimpunan agung Umno akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur 24 hingga 28 Mac depan.

 

http://www.malaysiakini.com/news/96099

2 responses to “PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid

  1. saya ingin meletakkan blog peribadi di sini, dan saya sudah letakkan link blog BeritaMalaysiaKini diBLOG saya.

    terima kasih.

  2. taknak joint tengok dah meluat

    AKU BENCI PEKIDA aku ada alami sendiri dengan mereka ini.
    aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi, bawa kereta laju dalam kampong dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s