Polis ramai: Tuduhan PAS mengelirukan

Muda Mohd Noor | Jan 13, 09 4:38pm
Menteri dalam negeri berkata PAS cuba mengelirukan rakyat dengan membuat pelbagai tuduhan kepada anggota pasukan keselamatan yang mengawal dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Datuk Seri Syed Hamid Albar juga menyeru orang ramai agar menghormati tugas polis menjaga keselamatan orang ramai pada pilihanraya kecil ini.

“Hormatlah kerja-kerja polis, jangan hina dan kutuk mereka.

“Kalau polis tiada, dia kata polis tidak buat kerja. Kalau polis ramai, dia (dakwa) takut pula,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong bahawa anggota polis yang bertugas dalam kawasan parlimen tersebut meningkat kepada 10,000 orang.

Sebelumnya 6,000 anggota polis dilaporkan dikerah ke Kuala Terengganu sepanjang kempen mulai 6 Januari hingga hari mengundi Sabtu ini.

Dalam sidang media harian di pejabat PAS Kuala Terengganu semalam, Wan Abdul  Mutalib berkata, kehadiran sejumlah besar anggota polis menakutkan pengundi.

Syed Hamid menjelaskan, hanya 3,500 anggota yang berkawal dalam pilihanraya ini.

Tambahnya, jika ada keperluan, kementeriannya akan meningkatkan jumlah anggota pasukan keselamatan.

“Tetapi kalau orang PAS ceramah, polis seorang dia kata 20 orang,” katanya dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu hari ini selepas majlis pelancaran Masyarakat Wanita Anti Dadah (Mawadah).

Beliau berkata, ada orang mengadu mengapa polis mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di daerah ini di sepanjang tempoh berkempen.

“Kalau kita tidak sekat, apa kata kalau ada orang mebawa bahan berbahaya di atas jalan raya?” katanya.

Tempoh berkempen pilihanraya ini hingga kini bebas daripada insiden tidak diingin kerana adanya anggota polis yang menjaga keselamatan, tambahnya.

http://www.malaysiakini.com/news/96375

3 responses to “Polis ramai: Tuduhan PAS mengelirukan

  1. PAS memang nak salahkan Polis sahaja…walhal realiti sebenar ialah kehadiran polis telah melicinkan urusan di sana..

    Stop talk to much dan mulalah berterima kasih kepada sesiapa yg buat baik kat kita.

  2. Malaysia two million Indians make up less than 8% of the population today nut have been the victims of the NEP policy since 1971.

    Today after 51 years of independence, the definition for “Indian” has become a metaphor for backwardness.

    Even though the median family income of Indian Malaysians according to official statistics is higher than that of malays, certain segments of the Indian Malaysians population live in with hardcore poverty and form part of the lowest strata in terms of economic ownership.

    The official statistics show that the national wealth owned by Indians is only 1.2% of traded equity since 1971.

    And according to Hindraf, 15% of Malaysian juvenile delinquents are Indian while 50% of all convicts in prison since 2004 and 41% of beggars in 2003 were Indians.

    The percentage of Indians in the civil service fell from 40% in 1957 to less than 2% in 2005.

    According to official records, 30 to 35 Indians per 100000 commit or attempt to commit suicide annually as compared to 10 to 12 Malaysians per 100000 in 2006.

    In education, the Indians make up less than 5% of the university intake of over 45000 annually.

    The Indians in the country are seeking equality after 51 years of independence and what Malaysia needs now is a sacrifice of the rich and super-rich of all races in staying clear of the NEP to allow the poor of all races to move up and progress.

  3. Tiada siapa yang merasa takut dan terancam dengan kehadiran polis kecuali mereka yang merasa bersalah atau akan melakukan kesalahan.Bahkan orang awam merasa selamat dengan kehadiran polis.
    Banyak kes yang berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu dalam saat-saat sebelum pilihanraya.DiTerengganu, kes yang berlaku di Rusila sebuah bas dikepong dikatakan membawa pengundi hantu,walhal anak-anak muda yang yang dijemput keluarga masing-masing terdiri dari berbagai penyukung parti.Selepas PRU 12 perbalahan hampir tercetus apabila penyukung sebuah parti mengepong berpuluh buah bas yang dikatakan membawa pengundi hantu sedang yang sebenarnya membawa peserta PLKN.
    Dikampong Beris Pak Abu pemandu bas ditumbuk ketika singgah dimasjid hendak sembahyang subuh kerana dikatakan membawa pengundi hantu sedangkan bas berkenaan membawa pelejar dari Banting Selangor berkelah diPulau Perhentian.
    Daripada kes-kes tersebut siapa mengancam siapa dan siapa menakutkan siapa.Sebab itu kehadiran polis amat wajar untuk menjaga ditempat-tempat yang kenal pasti berpotensi berlakunya pergaduhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s