BN: PAS mahu jadikan SPR kambing hitam

Khamis Januari 15, 2009

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyifatkan PAS sengaja mencari ‘kambing hitam’ dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu jika tidak berjaya dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid berkata beliau juga mahu menang secara adil dan saksama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PAS sejak kebelakangan ini bahawa BN menggunakan media, wang dan jentera untuk meraih undi.

Pas juga berkata, BN menjalankan aktiviti mengugut dan menekan kakitangan kerajaan untuk mendapatkan undi.

Semalam Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong mendakwa Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim meraih undi untuk calon BN.

Hari ini beliau turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

http://www1.mstar.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s