Anwar: PAS menang jika…

 

Muda Mohd Noor | Jan 16, 09 7:28pm
PAS akan memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu jika piliharaya kecil esok tidak berlaku penyelewengan, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, ketua umum PKR berkata, beliau sukar meramalkan sama ada BN atau PAS yang akan menang dalam pilihanraya kecil ini.

“Tetapi saya yakin rakyat Kuala Terengganu bijak membuat pilihan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 bekas guru di Kuala Terengganu hari ini.

Difahamkan bekas timbalan perdana menteri itu memberi penjelasan mengenai dasar pendidikan negara sekarang kepada guru berkenaan.

Anwar berkata, negeri ini merupakan negeri kubu kuat PAS sejak sekian lama.

Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang itu kalah dengan majoriti tipis kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, ketika berucap kepada kira-kira penyokongnya di depan pejabat PKR negeri hari ini, beliau berkata petugas pembangkang akan menangkap “pengundi hantu”.

“Kita akan seret mereka (pengundi hantu) ke balai polis,” katanya.

Anwar juga mengulas mengenai tindakan pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang meletakkan jawatan setelah dikritik dengan dakwaan mendesak kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh esok.

“SPR kata beliau sudah berhenti tetapi beliau ugut orang macam mana?

“Sepatutnya beliau minta maaf kepada semua kakitangan MBKT tersebut dan menarik balik ugutan tersebut,” katanya.

 

http://www.malaysiakini.com/news/96632

One response to “Anwar: PAS menang jika…

  1. penulis_cyber

    Nak heret pengundi hantu ?

    hehehe…tak ada masalah…

    kita akan heret juga Anwar jika dia tangkap pengundi berdaftar dan sah ke mahkamah…

    cuma kenapa Anwar lambat pergi bantu PAS di sana ?

    konfius….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s