Calon BN dahului kiraan undi

 

 

 

CALON BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar bersama isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab.

 

[DIKEMAS KINI, 8.05 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh terus mendahului kiraan undi selepas 70 peti undi selesai dikira sebentar tadi.

 

Beliau memperolehi 15,385 undi berbanding 15,189 undi yang diterima calon PAS, Mohd. Abd Wahid Endut.

 

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 92 undi.

 

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan kira-kira pukul 8 malam tadi.

 

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.

PENGUNDI PERTAMA… Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.

 

Sementara itu, Mohd Abd Wahid hanya memperoleh 86 undi manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

 

BERITA TERDAHULU

 

Peratusan mengundi menurun, proses pengiraan sedang berlangsung

 

KUALA TERENGGANU: Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung dengan hampir 80% pengundi telah keluar mengundi hari ini.

 

Undi sedang dikira di pusat-pusat mengundi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira dua jam.

 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd, Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang keluar mengundi pada hari ini adalah sebanyak 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.

 

Kata beliau, ia merupakan sedikit penurunan berbanding peratusan keluar mengundi 81.92 peratus pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

 

Dalam pada itu, keputusan di beberapa pusat mengundi sedang dibawa masuk ke pusat pengiraan undi di Stadium Negeri, di sini.

 

Antara keputusan pusat pengundian pertama yang dibawa masuk adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang dibawa masuk pada pukul 6.39 petang tadi.

 

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan tiga penjuru yang membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

 

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.

 

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

 

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

 

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/17/mstar_mutakhir/20090117074141&sec=mstar_mutakhir

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s