Keputusan dijangka pukul 10.30 malam

 

 

 

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) berbual dengan petugas SPR yang menyemak kertas sebelum diedarkan ke Pusat Mengundi untuk proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri.

 

KUALA TERENGGANU: Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarrkan 90 peratus pengundi keluar mengundi esok.

 

“Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media di sini pagi tadi.

 

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

 

“Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang… malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

 

“Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi,” kata beliau.

 

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang.

 

Perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.

 

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/16/mstar_berita/20090116151309&sec=mstar_berita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s