Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN

 

18/01/2009 4:36pm

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini. – Bernama

http://www.utusan.com.my/

2 responses to “Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN

  1. Sebab Utama BN Kalah di KT

    Pelbagai pihak membuat kenyataan dan andaian sebab utama BN kalah di Kuala Terengganu. Ada yang menyatakan kerana Calon dan ada yang menyatakan kempen cara lama dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang akan membuat post-mortem dan analisis mencari punca kekalahan tersebut.

    Yang sebenarnya, punca ataupun sebab utama BN kalah di KT adalah disebabkan oleh BUDAYA FITNAH. BN telah menjadi mangsa fitnah. Fitnah-fitnah ini dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap BN…. baca selanjutnya di suararakyatselangor.blogspot.com

  2. Sebab utama BN kalah di KT adalah:-
    1. Orang KT tolak UMNO/BN,
    2. Pengarah Pilihan Raya Kecil KT(Najis) sentiasa ta’cakap benar,menipu,
    3. UMNO Trengganu dah nak kojol berpecah,
    4. UMNO parti SESAT dan menyesatkan,
    5. President elect UMNO ta’ada maruah dan perasuah,
    6. Ahli ahli UMNO semuanya bacul dan dayus
    7.dan ada seribu lagi sebab yang UMNO dah ta’ releven lagi diMalaysia
    Marilah ramai ramai tinggalkan UMNO,dan berjuang berlandaskan Islam jamin BERJAYA
    Allahhuakbar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s