Zahid cuba memecah belah rakyat Perak

 

Saidah Hairan 
Wed | Jan 21, 09 | 4:37:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

Iklan
 
 
   

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut mendakwa bahawa Zahid cuba memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya di negeri Perak.

Katanya, kenyataan Zahid itu lebih kepada mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya tambah beliau, dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

“Zahid memang mahu mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat,” tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mungkin juga beliau mahu menjadi hero dan hendak tunjuk kehebatan beliau sebab hendak bertanding dalam Pemilihan Umno Mac nanti, tegas beliau.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan Zahid yang mengkhususkan peruntukan khas hanya untuk wakil rakyat BN jika berlaku bencara seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan itu merupakan satu tindakan yang tidak patut kerana wakil rakyat PAS bukan hanya berkhidmat untuk ahli PAS tetapi semua kaum tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

“Sudahlah peruntukan sebanyak RM500 ribu kita tidak dapat, ini peruntukan khas wakil rakyat BN saja yang dapat. Sudahlah di peringkat Parlimen wakil rakyat PAS di dera di peringkat negeri juga didera, mana demokrasi?” soalnya.

Ekoran itu kata beliau, mungkin ada pihak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid kerana arahan tersebut tidak sesuai dengan roh perlembagaan dan ternyata mahu memecah belahkan perpaduan kaum di negeri Perak.

Ini kerana katanya apa perbezaan di antara cop atau tandatangan JKKK dengan JKKP.

Beliau menegaskan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama Islam apakah beliau tidak malu mengeluarkan larangan yang memecah belahkan kaum.

Sedangkan katanya dalam Parlimen beliau mengeluarkan kenyataan supaya umat Islam perlu bersatu padu tetapi hari ini beliau cuba memecah belahkan masyarakat di Perak.

“Dengan adanya larangan atau arahan tersebut ternyata beliau cuba menyusahkan rakyat,” tegasnya.

Beliau berjanji akan membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat kerana arahan tersebut melibatkan demokrasi dan apakah larangan itu hanya dilakukan di negeri Perak sahaja. – mns_

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18975&Itemid=1

 

5 responses to “Zahid cuba memecah belah rakyat Perak

  1. penulis_cyber

    memang patut dibuat begitu…sebab jika disokong perjuangan pakatan rakyat maka akan tergadailah negara nanti…

    kenapa tanah diberi pajakan 999 tahun ? soalan tu kena dijawab oleh mereka dulu sebelum mula mengatakan larangan tersebut tidak adil.

    yang peliknya jika benar benar tidak demokrasi kenapa ada agensi yang boleh pula bekerjasama dengan kerajaan negeri ?

  2. Salam tuan, saya sudahkn msukkn blog ini dlm bloglist sy, so mohon dsenaraikn blog sy. tk

  3. Setuju sangat dengan tindakan YB Zahid. Ada MB melayu pun bukan nak tolong melayu, nak pelingkup dan menjahanamkan lagi ada. Lihatlah kebelakang bila kita berjalan ke hadapan. Sejarah sentiasa tidak berubah. Siapakah yang memulakan 13 Mei ?? Siapa kah yang menarik Singapura keluar?? Siapakah yang mencabar kedaulatan melayu??.. Siapakah yahudi Asia Tenggara?? Ada otak mesti fikir..

  4. Semenjak Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan amaran supaya pegawai2 kerajaan persekutuan tidak melibatkan diri dengan program2 anjuran kerajaan pembangkang, dan permohonan biasiswa perlu mendapat sokongan daripada JKKKP terlebih dahulu bukan melalui JKKK lantikan kerajaan pembangkang, maka kita dapat lihat suara2 dan komen2 negatif memenuhi akhbar2 dan media pembangkang. Kita bimbang sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak ekoran kenyataan beliau yang provokatif ini. Nasib baik kenyataan ini dibuat selepas PRK036 Kuala Terengganu. Kalau sebelum itu kita bimbang BN kalah dengan lebih teruk, mungkin boleh kalah sampai 20,000 majoriti. Jelas di sini bahawa Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak patut sama sekali mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih2 lagi di saat Umno dan BN dalam keadaan tenat seperti hari ini. Ada pihak merasakan kenyataan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini berniat jahat, iaitu untuk menambahkan lagi derita Umno dan BN. Mungkinkah Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diperalatkan oleh pihak2 tertentu di pihak pembangkang untuk menjatuhkan Umno dan BN dari ‘dalam’? Oleh yang demikian syor harus dibuat kepada Lembaga Disiplin Umno agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini segera disiasat. Manalah tahu kan kalau2 Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalankan khidmat sulit untuk parti dan pakatan pembangkang?Manalah tahu kan kalau2 Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dijanjikan jawatan dan habuan oleh pihak pembangkang? Beliau bukan seperti Rasulullah s.a.w yang kontan menolak tawaran Musyrikin Quraisy yang menjanjikan setinggi-tinggi jawatan dalam kabinet Qurasy, sebanyak mana harta yang diingini serta sesiapa sahaja wanita tercantik yang dikehendaki baginda, lalu baginda Rasulullah s.a.w menjawab, “Jika kamu berjaya meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sekalipun, aku tidak akan meninggalkan tugasku menjalankan dakwah Islamiah ini.”

  5. tuan2 dan puan2 sekalian,

    boleh tak sume jgn berbalah..? pikirkan kebaikan anak anak kita?

    1. aku tgk korang ni suka jer hentam umat umat Malaysia ni….?

    2. kalau cuba bayangkan negara luar tu nak takluk kita….tak kisah la umat muslim ke, zionis ke, terrorist ke…orang us ke…

    3. siapa nak tolong kita masa tu? bila dah kena serang, orang muslim indon seberang laut tu nak pertahankan ibu pertiwi Malaysia…atau orang india dan cina di negara kita sendiri? manusia yg hidup berjiranan dgn kita melayu?

    4. bayangkan kita dah meninggal..? anak kecik kita yg yatim tu..siapa yg akan jaga? orang muslim kat luar negara tu ataupun orang india atau cina kat tanah kita sendiri..?

    5. tuan2 dan puan2…konsep senegara kadang2 manfaatnya lebih dari konsep seagama..bukannya ape..dah keputusan sebegitu..tgk jer kat gaza…atau mana mana…ada cina dan india yg diantar..rakyat malaysia jugak…

    6. lagipun bila ekonomi jatuh, siapa susah? cina melayu india jugak yg susah..bukannya pak arab islam yg kaya tu nak tolong…kalau dah sedemikian, kenapa nak hancurkan perpaduan? siapa lagi yg kita ada kalau bukan sahabat yg duduk berdekatan kita?

    7. Islam maha berkuasa..ilmunya kuat..kenapa tak tunjukkan ajaran yg murni? kutukan bawa keburukan manakala ilmu yg kuat boleh mempengaruhi cina dan india…kenapa kita takut gunakan jalan yg murni untuk membimbing rakan rakan kita yg lain? kenapa nak kutuk?

    8. adakah kita sendiri tak ikut Islam? lalu pilih jalan yg ditentang islam itu sendiri…memfitnah dan mengutuk? memang kesabaran kita dicuba dan sampai tahapnya tapi bukankah pemimpin itu banyak bersabar dan islam itu pemimpin..?

    9. manakah kepercayaan kepada islam utkkan jalan benar? manakah melayu yg sepatutnya memimpin malaysia dan rakan rakan bukan seagama kepada kemajuan? sudah hilang ka melayu berkaliber? kalau cina dan india senegara tak tau macam mana nak pimpin…macam mana nak bersaing dengan negara luar?

    10. perlukah bila sampai masanya diserang negara luar, baru kita sedar yg kita cuma ada sesama diri..bukannya umat islam di luar negara tu? berapa kes umat islam indon yg rogol anak melayu itu sendiri? mana kesedaran?

    11. kita melayu memang hebat…betulka? kena buktikan jugak…pimpin dulu dan tunjukkan tauladan..cina dan india manusia jugak..dan setiap manusia akan akur terhadap umat yg berilmu…bukan ka kita melayu sendiri akur akan ajaran islam yg hebat?

    12. oleh itu tak perlu kita nak kutuk orang lain..kalau kita hebat, mereka akan akur dengan relanya..tetapi masalah sekarang..kita juara kampung, pemimpin melayu sendiri nak kaya dan rasuah jugak..mana cina dan india nak akur…dan kita ketuanan melayu..kita kena jaga dan melindungi bangsa lain di dalam negara ini..kalau diserang, kita kena berdiri di barisan depan..barulah menjadi contoh yg baik…

    13. kita kena beri inspirasi kepada mereka..kita boleh lakukannya..kita ada kitab quran..dan jgn terkejut kalau kita boleh pimpin mereka..byk yg masuk islam nanti..bukanka itu satu kebaikan..?

    14. setiap manusia yg diserang sudah tentu akan serang balik…hanya manusia penuh berilmu akan bersabar dan tunjukkan jalan yg benar…kita ada akal…hanya binatang akan serang menyerang..

    15. kita jgn serang cina dan india..tiada kesudahannya..kita berikan contoh dan tauladan..memang cina dan india tamak..tapi biarkan kebolehan kita memberikan kebaikan melampaui ketamakan mereka..buat apa nak risau bila negara dah kaya? sume hidup senang..takde miskin..

    16. jgn ingat nak halau dan salahkan orang lain..biar sekalipun takde cina dan india di malaysia, jgn ingat kita aman..rakan seagama yg diserangnya nanti..sume pasal nak pemikiran kita yg salah..

    17. korea yg mundur dari kita dah maju..maksudnya bukan maju sahaja…kesihatan dan kekayaan mereka stabil..bukan macam kita..hidup susah..mereka membangunkan negara secara seluruh..bukannya bersaing sesama diri dgn undang undang bodoh 30% sesetengah pihak jer..mereka bersaing secara sihat dan biar yg terbaik memimpin..bukannya rasuah..

    18. cina tak miskin malas dan bodoh…mereka cuma kurang sensitif terhdp agama islam…kenapa? kerana salah kita..kita serang mereka dulu..jgn serang..tunjukkan tauladan..biar mereka akur dgn keikhlasan hati kita..moga moga kita sume boleh melindungi malaysia…

    19. malaysia dah ketingalan jauh di belakang…kalau melayu tak mulakan langkah maaf memaafkan dan saling memahami, hancur la malaysia..

    20. tak percaya? tunngu jer la kita diserang dgn bom dgn kanak kanak mati di sana sini…baru kita faham..

    21. kepada sume yg baca thread ni, ada kebaikannya..dari sini kita sume boleh belajar mengawal kemarahan kita kemudiannya saling memaafkan…takde gunanya kita bengang..kita hanya akan menyakiti diri kita..kita belajar lupakan dendam..

    22. definisi perpaduan memang paling relevan pada masa ini…tiada lagi yg sewaktu dgn nya..satu persoalan..mampukah kita berpadu dan menyaingi negara lain?

    23. ingat..orang yg akan tolong kita dulu bila susah adalah rakan rakan senegara..bukan nya umat islam di seberang tu..bila accident contohnya..bila kejatuhan ekonomi contohnya..mereka la sumber pertolongan..orang cina di china tak akan kisah cina di malaysia mati atau hidup..hanya melayu itu sendiri yang akan tolong..masalahnya hendak ka kita? bagaimana kalau kita yg perlukan pertolongan? orang indon yg tolong atau orang cina di malaysia?

    24. biarlah saya yg bermula..di sini saya ingin maafkan kesemua keburukan dan adaptasikan cara penyelesaian yg lebih aman dan bermanfaat..nescaya keesokan ari, hidup saya lebih bermakna..mula la dgn memaafkan diri dan orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s