ADUN tidak muncul sidang akhbar, buat laporan polis-Mstar

 

Mohd. Osman buat laporan polis di Shah Alam

 

 

[DIKEMAS KINI, 5 PETANG] SEPANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak hadir pada sidang media di sini sebentar tadi, sebaliknya pegawai khas bagi salah seorang daripada mereka menafikan wakil rakyat berkenaan telah meletakkan jawatan.

 

ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu pula membuat laporan polis di Shah Alam pagi tadi.

 

Status Mohd. Osman dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi menjadi tanda tanya selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar mengumumkan petang semalam bahawa keduadua mereka telah menghantar surat bagi mengosongkan kerusi DUN di kawasan masing-masing.

 

Firdaus Saharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media itu kerana kurang sihat.

 

Bagaimanapun beliau dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

 

Dalam sidang media lima minit, yang diadakan pukul 3.40 petang berbanding jadual asal 4 petang, Firdaus yang membacakan kenyataan Jamaluddin memberitahu:

 

“Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ADUN kawasan Behrang, sukacita saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

 

“Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat,” katanya.

 

Laporan Bernama menyebut, Ketua Polis Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin hari ini mengesahkan ada menerima laporan polis yang dibuat oleh Mohd Osman melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Changkat Jering.

 

Laporan itu dibuat oleh wakil Mohd. Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini pukul 1.30 pagi ini, katanya.

 

Ketika dihubungi di sini hari ini, Noor Azam memberitahu Bernama dalam laporan itu Mohd Osman menafikan beliau telah mengosongkan kerusi DUN Changkat Jering.

 

Semalam dua ADUN terbabit, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka meletakkan jawatan dan menyifatkan pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri V. Sivakumar awal petang ini mengenainya sebagai satu “pembohongan”.

 

Kedua-dua ADUN tersebut berkata mereka akan menghubungi peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.

http://www1.mstar.com.my/ 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s