Kami bebas…PKR yang ‘paksa’ kami keluar, kata Jamaluddin dan Osman – Agendadaily

 

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas. 

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu. 

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu. 

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri. 

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa. 

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan. 

Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang. 

Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu. 

Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak. 

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”. 

Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut. 

Osman pula berkata, beliau yakin dengan keputusannya itu beliau akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Changkat Jering dengan lebih berkesan lagi. 

Malah beliau menegaskan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.– 2/2/2009 

——————- 

TERBARU: Tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) putuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Changkat Jering dan Behrang kerana wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan dan juga surat penafian letak jawatan yang diterima dari Speaker DUN Perak pada hari yang sama. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputuan itu dibuat kerana SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) bagi mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan. 

Menurut beliau, SPR memutuskan tiada pilihan raya di kedua-dua kawasan tersebut kerana menerima dua surat daripada Speaker DUN Perak iaitu memaklumkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan dan juga surat penafian perletakan jawatan dua ADUN tersebut. 

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dariapda segi perundangan, wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan memandangkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit secara sedar telah mengesahkan surat berkenaan tidak berkuatkuasa. Jadi mereka kekal sebagai ADUN,” katanya. 

SPR mengadakan mesyuarat khasnya ekoran menerima surat makluman pengosongan dua kerusi DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering daripada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. 

Ini berikutan adanya surat perletakan jawatan oleh kedua-dua ADUN iaitu Jamaluddin Mat Radzai dan Osman Jailu yang diterima Speaker berkenaan hari Ahad. 

Namun, surat berkenaan dipersoalkan oleh Jamaluddin dan Osman kerana mereka tidak eprnah menghantar surat perletakan jawatan. 

Surat itu sebenarnya surat perletakan jawatan tidak bertarikh yang telah ditandatangani mereka selepas pilihan raya umum Mac 2008 sebagai surat aku janji kedua-dua ADUN berkenaan dengan PKR. 

Berdasarkan beberapa kes sebelum ini, surat seumpama itu tidak sah untuk digunakan sekiranya ADUN yang terbabit menafikan perletakan jawatan yang secara tidak langsung membatalkan surat yang telah ditandatangani lebih awal. 

Mengikut Perlembagaan, seseorang ADUN boleh menulis surat dan meyerah surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN yang kemudiannya akan memaklumkan kepada SPR. Kemudiannya hanya SPR yang boleh mengisytharkan sama ada kerusi berkenaan kosong atau tidak. 

Menurut Abdul Aziz, PKR boleh mencabar keputusan yang telah dibuat SPR tersebut. 

“Ini negara demokratik dan kalau PKR hendak cabar keputusan SPR di mahkamah, itu hak mereka. Tanggungjaab kita ialah untuk menentukan sama ada surat itu berkuatkuasa atau tidak dan mengumumkan pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya,” kata beliau. – 3/2/2009

 

http://www.agendadaily.com/ 

8 responses to “Kami bebas…PKR yang ‘paksa’ kami keluar, kata Jamaluddin dan Osman – Agendadaily

  1. penulis_cyber

    bagus…bagus…semakin lemahlah penipu rakyat di perak sekarang….

  2. aku sendiri pun tak paham kenapa la depa asyik dgn masalah je…kalau dah selalu sngt dgn masalah, waktu bila plak hangpa semua nak buat kerja?sudah2 la tu.rakyat dah muak dengan semua sandiwara hangpa semua!!!rakyat bukannya bodo!!MELAYIU SAMA MELAYU BERGADUH,DAP SERONOK BERTEPUK TANGAN…

  3. buatlah apa yang patut…yang penting harga beras turun

  4. buktikan mereka ni benar bebas
    tak ce maknenye,………… adakah ini strategi anwar…… kalo ade pilihan raya bagus jugak…
    mane la taw kot bn terpaksa beralah lagi

  5. kenapa oang lain yang bersuara , mane anwar ibrahim

    kalau ade pilihan raya di perak
    adakah umno yakin akan menang
    banyak masalah maruah umno yang tercalar
    disebabkan bekas ketua kampung yang bermasalah.
    lagi satu
    sejak bila pengerusi spr jadi tidak berape nak bijak
    tiba2 jadi hakim mahkamah
    yang pasti umno takut ade pilihan raya lagi
    atau pun mungkin nak merampas perak dengan cara yang mudah

    apa yang berlaku kini seperti perang psikologi
    anwar cuba untuk mencalar kan umno perak selepas kemasukan adun umno sendiri.

    jangan umno sebok tengok atau ambil kesempatan di perak
    lihat ape yang berlaku di perak
    sekarang kegawatan ekonomi
    pakatan lebih banyak isu2 untuk jatuhkan kredibeliti umno selepas pilihan raya terengganu
    dengan kes lingam
    kes altantuya
    yyang mungkin ke mahkamah antara bangsa

    sekarang adalah masa psikologi war
    kegawatan ekonomi
    sedikit sebanyak membantu pembangkang
    golongan muda lebih menolak kerajaan
    bn
    seperti di terengganu

    apa yang berada di kepala anwar ibrahim saya tak tahu
    yang pasti
    kenapa orang bawahan pakatan rakyat perak begitu berani berlawan dengan pihak kerajaan.

    pakatan rakyat tidak perlu orang atasan untuk membantu.
    meraka sudah bijak membuat perancangan sendiri.

    bagi saya isu lompat ini adalah eksperimen pembangkang untuk menarik ahli parlimen di sabah dan serawak.

    kita lihat apa yang akan berlaku genap setahun pilihan raya.

    adakah kerajaan lama akan kekal @ kerajaan baru akan tertubuh di malaysia.

  6. mejoriti rakyat perak adalah bumiputera. mereka mahu melihat kerajaan yang membela nasib bumiputera,kakitangan kerajaan,tentera dan kaum teramai melayu. semenjak pkr memerintah nampaknya pihak berkuasa tempatan sibuk menyaman penduduk namun mengambil sikap lewa kepada premis perniagaan haram seperti disko,kedai arak malah tempat ternak babi juga. ini merisaukan kaum bumiputera.

    pkr juga jangan sombong dengan kononnya kebijaksanaan stretegi untuk memerintah sehingga lupa diri dan menampakkan ketakaburan. rakyat bumiputera ni sensitif dan benci kepada sifat bongkak dan tak serupa bikin. janji nak buat islam tapi kedai arak ,disko dan judi bertambah. itu yang buat mereka rasa tak berbaloi sokong pkr.

    pihak bn yang banyak berpengalaman kena pikir banyak. memang bumiputera mahu kuasa dan jika dapat kuasa kena rajin,tanggungjawab dan dekati rakyat. buang sikap busuk hati. bumiputera sekarang ni nak sangat kepada kerajaan islam untuk menyelamatkan negara dan masyarakat yang multi etnik ni. bn kena buat kerajaan islam kalu nak sokongan dan undi bumiputera. rakyat sekarang bijak menilai

  7. Kami bebas…PKR yang ‘paksa’ kami keluar, kata Jamaluddin dan Osman – Agendadaily
    benarkah
    perkara ini
    mane bukti

  8. Jamaluddin dan Osman pergi Mampus le.. Takde pendirian.. mmg bekas posmen anto surat lagik bagus..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s