SPR: Dua exco Perak masih Adun-Malaysiakini

 

Feb 3, 09 1:00pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR. 

Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu masing-masing sebagai wakil-wakil Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam. 

Pada hari yang sama Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa. 

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada SPR selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas. 

Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan “tidak timbul mereka telah bertukar parti.”

http://www.malaysiakini.com/news/97473

One response to “SPR: Dua exco Perak masih Adun-Malaysiakini

  1. Keputusan SPR yang saya sudah jangkakan. Bukan sangat kerana siapa yang lebih berkuasa yang menentukan keputusan tersebut, tetapi undang-undang sekular yang pembinaannya didasarkan kepada pandangan dan logik akal manusia atau sains semata-mata bukan sahaja boleh ditafsir lanjut atas alasan pemikiran manusia terbatas atau ada limitnya, malah dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengannya. Antaranya, adakah akuan akujanji yang tidak bertarikh yang ditandatangani oleh Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi itu lengkap dari sudut kontrak, dengan maksud disediakan dalam bentuk kontrak perjanjaian yang mengandungi klausa lompat parti di bawah syarat-syarat kontrak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s