Zahid: Kereta saya direjam, ditendang-Malaysiakini

 

Feb 6, 09 5:36pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi percaya orang ramai yang berhimpun membantah pelantikan menteri besar baru, bukan daripada negeri Perak.

Sebaliknya, beliau yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, percaya mereka diimport dari negeri-negeri lain.

Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah – tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

“Kereta saya di baling batu, ditendang. Mereka berbaring di jalan seolah-olah di Timur Tengah dan Pakistan,” katanya ketika ditemubual RTM.

“Adakah itu cara Islam dan orang beriman?” soalnya lagi 

Menurutnya, mereka yang terbabit telah memberi gambaran yang buruk terhadap agama Islam. 

‘Raja saya dihina’

“Perkara itu amat memalukan dan tidak pernah berlaku di negeri Perak,” katanya

“Saya percaya mereka bukan dari negeri Perak, tetapi diimport dari negeri-negeri lain.

“Saya sedih Raja saya dihina begitu. 

“Kalau itu rakyat negeri Perak, itu adalah rakyat yang derhaka kepada Sultannya,” tambahnya.

Mengulas mengenai pelantikan Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru, Zahid berkata ianya sah mengikut undang-undang tubuh negeri Perak

“Ia telah diperkenankan oleh Tuanku dan ada sokongan majoriti daripada ahli dewan undangan negeri,” katanya.

Perak dilanda krisis politik apabila empat ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.

Keempat-empat Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekaligus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry petang tadi.

http://www.malaysiakini.com/news/97754

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s