BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri-Harakahdaily

 

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh 
Sat | Feb 07, 09 | 12:39:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) – Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.

Iklan
 
 
   

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.

Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah.Image

Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.

“Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat,” tegasnya.

Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat.Image

Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.

“Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato’ Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang,” jelasnya._

 

 

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019267&Itemid=85

10 responses to “BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri-Harakahdaily

  1. Geng Banjar Sg Manik

    Kalau UMNO-BN itu lanun, Anuar Berahim itu adalah BAPAK segala lanun….LANUN YANG KECEWA. Pas pula adalah KUDA KAYU yang melepas.

  2. Kenapa kata BN main politik kotor? Bukankah ini yang dimainkan oleh DSAI masa dia mengwar-warkan pasal 16 sept yg lepas. ” Saya ada cukup ahli Parlimen BN yg akan lompat parti”…begitulah ungkapan SOMBONG dan BONGKAKnya dia.
    Dia tak tahu, semuanya berlaku dgn kuasa Allah bukan kuasa dia. Sekarang, baru padan muka dia…
    Betul apa Dr Mahathir kata ” apa yg berlaku di Perak merupakan pengajaran buat DSAI”. Aku sokong sangat pendapat Dr Mahathir.

  3. Tak payahlah kata Lanun…Cakaplah…semuanya ini ketentuan dan ketetapan yg telah ditetapkan oleh Allah. UMNO dan BN tak berkuasa. Yg berkuasa hanyalah Allah. Bila Allah kata “KUN” maka tumbanglah kerajaan PR

  4. Ajar pengikut supaya yakin kepada Allah. Bukan kalau dah kalah, salahkan orang lain. Terima dgn redha.

  5. Nak sangat main lompat2 kan..
    dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
    haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

    Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

    Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
    Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

    8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

    BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

    Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

    BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

    PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
    mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

    Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

    DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
    Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

    Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
    YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

    P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas. Saya percaya kalau bawak masuk MAHKAMAH pun kalau PKR kalah mesti dorang buat buat perhimpunan resakser lagi..

  6. ecome the great warior

    assalammuailaikum…

    hm xbyklh nk komen…cme aku dr dlu ssh btol nk pham ngan pmbangkang nie…ape yg korng wat klu xbtol pown dibilangnye btol…psl idea lompat perti nie pown dtng dr benak pemikiran master mind korang jgk,Anwar. Yang skang nie nk bising2 plak knape eh…?? Sapa yang ludah ke langit klu bkn Anwar and jatuh blk kt muka die… Apelah korang nie.. Dah kurang keje kew nk dibuat..?? pembangkang and mat empit sama jew taw.. pasl dlu aku pun rempit gak.. yg samanye ialah ape yang slah tp bg korang jd btol lak..x ubah macm rempit..haha..

  7. APA LANUNNYA?

    NIZAR JADI MB … SULTAN LANTIK WALAUPUN DAP LEBIH MAJORITI.

    BN + 3 BEBAS = 31 ORANG DAH MAJORITI… MAKA BN LAH JADI MB.

    TAK TAU SIPIR KE WOOOKKK DAN NGEK?

  8. dulu…bukan ke yang selamatkan orang melayu perak dan pas dari diperintah DAP ialah Sultan…maka mase tuh selamat perak dari diperintah dek bukan melayu, so selamatla bumi tanah melayu ni dari jatuh kt tangan bangsa lain, sekarang ni sultan bilapakatan rakyat dh hilang kuasa…dah diorang dok kecoh nak saman sultan la, nak bwk sultan pi mahkanah laa..apa punya melayu la ni, nak menderhaka kat sultan!!

    bangsa kita ni dah beribu tahun dah duduk berlindung di bawah payung sultan..cth: kalu takde sultan lame dh perak terkorban haritu kt tgn kaum lain..
    hmm..sedih bila sekarang bangsa melayu sendiri dh mula nk menderhaka kt sultan..tak ingat ke macam mana zaman dulu empayar kesultanan melayu melaka jatuh mcm mana..Melaka jatuh bila ada orang melayu sendiri jadi pembelot dan pengkhianat..
    Sekarang bila melayu dh derhaka kt sultan, melayu dh perang sesama sendiri,hasut menghasut…Orang lain duk tepuk tangan tunggu kita sama2 tumbang…Wahai kaum melayu, mari laa sama2 sedar…siapa lagi nk jaga bangsa kita kalu bukan kita..kalu ksesama kita pun dh tak bersatu hati mcm mana nk pertahan tanah melayu ni..

  9. PKR cakap melebihi kuasa tuhan …Itulah tuhan akan bayar cash …so terima la hakikat.jgn salah kan org lain salahkan PKR……Org melayu oooooooiiiiii bangun la kau sedang diperalatkan…

  10. BANGSA MELAYU MEMANG TAMAK DAN GILA KUASA.TETAPI APABILA DAPAT BEKUASA TIDAK TAHU MENTADBIR DENGAN BEKESAN.AMALAN RASUAH BERLUASA.LIHAT SAHAJA DI MEDIA MASA, SIAPA YANG SELALU DIHADAPKAN KE MAKAMAH KALAU TIDAK OANG MELAYU . BANGSA LAIN DI MALAYSIA DI DISKIMINASI DALAM SEMUA BIDANG(PEKERJAAN, PELAJARAN, BIASISWA, SUBSIDI, DLL). BANGSA MELAYU AKAN DAPAT BALASAN NANTI. HA ! HA ! HA!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s