Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak- mstar

Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak

 

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

 

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

 

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

 

“Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah,” katanya.

 

“Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar…seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

 

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.

 

“Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan,” katanya.

 

Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.

 

“Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.

 

“Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau,” katanya.

 

Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.

 

“Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan,” katanya.

 

Tegasnya Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan untuk memaksa seorang Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.

 

Jelas beliau, Pakatan Rakyat juga akan memohon perkenan Sultan Perak untuk mempertimbangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi diadakan pilihan raya negeri.

 

“Sekarang ada 28 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan, 28 BN dan tiga telah di keluarkan daripada Dewan atas arahan Speaker.

 

“Jadi tak ada sebab untuk Menteri Besar letak jawatan kerana jadi pilihan raya harus diadakan,” katanya.

 

Anwar turut mendakwa Umno dan BN takut untuk berhadapan dengan keputusan rakyat sebaliknya telah melibatkan institusi diraja untuk kepentingan politik mereka.

 

“Mereka tak boleh berhadapan dengan rakyat, gunakan sultan untuk kepentingan mereka.

 

“Umno gunakan isntitusi raja untuk pertahankan rasuah dan rampasan kuasa.

 

“Jadi kalau benar Umno ada kekuatan, adakan pilihan raya dan tengok siapa pilihan rakyat,” katanya.

 

Anwar bagaimanapun berkata Umno menolak untuk diadakan pilihan raya kerana tahu implikasi yang bakal dihadapi.

 

“Mereka takut sebab mereka dah tengok apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

 

“Tiada peluang untuk mereka menang…hanya yang ada ialah melalui rampasan kuasa,” katanya.

 

http://www1.mstar.com.my

Advertisements

One response to “Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak- mstar

  1. Haaa nak sangat main lompat2 kan.
    Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
    Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
    Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

    Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

    Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
    Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

    8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

    BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

    Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

    BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

    PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
    mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

    Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

    DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
    Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

    Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
    YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

    P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.

    oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s