Contohi Bendahara Perak, Letak Jawatan Secara Terhormat

08 Februari, 2009 23:05 PM

 

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digesa mencontohi tindakan Orang Kaya Bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Perak ke-15, yang meletakkan jawatan secara terhormat bersama pembesar kanannya tanpa menderhaka kepada Sultan.

Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin berkata ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18, Orang Kaya Bendahara Perak Megat Abu Kassim telah meletakkan jawatan bersama Orang-Orang Besar kanan secara terhormat akibat salah faham antara baginda Sultan dengan kerajaan pimpinannya.

Megat Iskandar berkata peranan Orang Kaya Bendahara pada ketika itu adalah sama dengan peranan Menteri Besar pada hari ini.

“Demi kepentingan rakyat dan kestabilan negeri Perak, kami mendesak Datuk Seri Nizar mencontohi tindakan Bendahara Megat Abu Kassim dan pembesar kanannya yang meletakkan jawatan tanpa menderhaka kepada Sultan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau juga menyifatkan keengganan Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar walaupun dititahkan oleh Sultan sebagai satu penderhakaan.

“Kami juga berpendapat orang awam yang menderhaka kepada Sultan dengan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan juga tidak layak menjadi warganegara Malaysia, dan khususnya, tidak layak bermastautin di Perak,” katanya lagi.

Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia dianggotai ahli keluarga dan waris keturunan Megat Terawis iaitu Orang Kaya Bendahara Perak yang pertama sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I.

— BERNAMA

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=388499

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s