Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia-Malaysiakini

Feb 9, 09 1:07pm
Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

“Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

http://www.malaysiakini.com/news/97918

One response to “Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia-Malaysiakini

  1. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

    Walaubagaimanapun , rasa terkilan dihati kerana media elektronik terutama TV3 nampak tidak menghormati kepergian Allahyarham. Apa salahnya pembaca berita pada jam 8 malam tadi (9.2.09) umumkan sedekahkan al-fatihah untuknya, tak rugipun, kalau ye pun penyokong kuat BN takkan nak bawa ke kubur pun. tapi kalau orang BN mati, artis mati, siap buat liputan lagi…. saya kagum dengan pembaca berita BERNAMA tengahari tadi bila dapat je maklumat tersebut terus umum dan ajak penonton sedekkahkan AlFatihah untuk Allahyarham. sekadar meluahkan kekesalan…..

    beriman dan beribadatlah sebelum dijemput pulang. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s