Karpal: Desakan kerabat Kedah ‘nakal, tanpa asas’ – Malaysiakini

Feb 13, 09 4:05pm
Peguam terkenal Karpal Singh menyifatkan desakan agar beliau dilarang menjejakkan kaki ke Perak – susulan cadangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah – sebagai “nakal” dan “tanpa asas perundangan.”

Karpal, yang juga pengerusi DAP itu, berkata menurut Akta Buang Negeri 1959, seseorang warganegara sejak lahir termasuk beliau tidak boleh dibuang daripada sebarang negeri dalam persekutuan.

Mengulas cadangan Persatuan Kerajaan Diraja Kedah (PKDK) semalam, tambahnya, kerajaan hanya boleh menarik balik kewarganegaraan seseorang yang mendapatkannya melalui pendaftaran atau naturalisasi.

“Saya tidak faham mereka yang menuntut nyawa tidak boleh memahami prinsip-prinsip asas undang-undang yang dirujuk saya.

“PKDK sepatutnya merujuk nasihat peguam sebelum membuat gesaan itu,” kata Karpal dalam kenyataannya hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/98245

7 responses to “Karpal: Desakan kerabat Kedah ‘nakal, tanpa asas’ – Malaysiakini

  1. Tidak menjadi satu kesalahan untuk seorang yang tidak begitu memahami peruntukan perundangan untuk tersilap membuat kenyataan sekiranya betul memang ada kesilapan… Tetapi bagi seseorang yang TAHU peruntukan undang-undang bahkan kononnya mempunyai asas undang-undang untuk dijadikan rujukan.. Sinis saya katakan betapa BANGANGNYA orang itu.

    Seingat saya daripada pemahaman saya yang bukan belajar di bidang perundangan tetapi mahir berbahasa melayu, faham bahasa melayu.. PKDK hanya mencadangkan agar KARPAL; (manusia yang TAHU UNDANG-UNDANG tetapi pura-pura TIDAK TAHU, bahkan biadab mahu membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan rakyat di Malaysia dengan mengundang salah faham dan kegusaran di kalangan rakyat.. Lebih-lebih lagi di kalangan bangsa Melayu yang taat kepada Rajanya..) Antara cadangannya hanyalah untuk mengharamkan KARPAL MENJEJAKKAN KAKINYA DI NEGERI YANG PEMERINTAHNYA DIKECAM.

    Tidak disentuh pun untuk melucutkan kewarganegaraan ditambah pula si Karpal itu bukannya rakyat Perak pun. Anehnya, sebagai seorang peguam yang kononnya serba tahu, tidak tahu dan tidak faham maksud ungkapan itu. Alangkah JAHILNYA manusia bernama KARPAL itu. MasyaAllah.

    Kepada KARPAL, sayangilah dan peliharalah ketenteraman negara Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa ini. Janganlah hanya mementingkan diri dan bertindak atas kepentingan peribadi atau kepentingan satu-satu pihak semata-mata. Tidak perlulah mengguris hati mana-mana pihak yang hanya akan mengundang kekecohan dan ketidakstabilan dalam negara. Rakyat hanya inginkan keamanan bukannya kekecohan.
    Sekian.

  2. memang perlembagaan menyebut takde saper leh dilucutkan kerakyatan kecuali sah membantu pihak musuh dalam peperangan..

    lucutkan seluar je lahh
    🙂

  3. Karpal memang tak faham dengan budaya orang Melayu. Istilah ‘buang’ bukan hanya merujuk pada tindakan buang negeri berdasarkan perlembagaan dan undang-undan bertulis negara. Istilah ‘buang’ digunakan juga ketika Sultan Mahmud Melaka menitahkan agar Tun Tuah dihukum bunuh.

  4. Oh? Ye ke? So nak bunuh dia ke dak ni? kekeke

  5. Org Afrika perhatikan nampaknya Malaysia nak jadi macam politik Afrika yg tidak ada kesudahan. Nampaknya parti2 semua nak main bunga api..INGAT !!! orang Malaysia terbakar melarat CINA INDIA mana na lari…orang pelarian nak lari keliling laut. Kat Afrika ni boleh lari kerana tanahnya luas. Maka janganlah banyak main politik (saya pernah tinggal diMsia 5 tahun ). Saya merayu kepada anda yg banyak tulis blog macam2 cerita sebenarnya anda sedang membunuh anak2 cucu cicit anda dimasa akan datang, anda yg da berumur akan menanti kematian tetapi bakal2 keturunan anda sedang membesar akan menjadi merana seperti diAfrika. Untuk membangunkan kehidupan kembali terlalu sukar kerana perwaris2 dulu meninggalkan sia2 yang dimusnahkan dalam perpaduan. Kami disini satu bangsa berlain ugama tetapi anda berlain ugama dan bangsa. Maka ambil pendekatan kapada hal ini. Selamat bersatu. call me +2347083111420

  6. siapa KARPAL SINGH ?.kenapa semua orang takut dengan dia?macam lah KARPAL SINGH ne kebal dari segala undang2.ini lah bangsa yang tak sedar di untung.itu singh sarban pon sudah takde,

  7. karpal memang camtu..kalo kita nak lawan pakai undang2 rasanya payah sikit.. so kita lawan dia ngan fizikal..coz dia tak kuat mane pun..jalan pun pakai kerusi roda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s