Tindakan Speaker Perak Satu Penyalahgunaan Kuasa-Bernama

 

 

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan, disifatkan sebagai bukti penyalahgunaan kuasa yang begitu teruk.

“Nasib baik mereka ini tidak berkuasa di peringkat pusat. Yang pasti kalau mereka mendapat kuasa yang lebih besar, banyak lagi penyalahgunaan kuasa akan dilakukan,” kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan di Angkasapuri hari ini.

Semalam, Sivakumar mengumumkan tindakan itu melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak yang beliau pengerusikan.

Ahmad Shabery berkata tindakan yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah sama seperti dalam Dewan Rakyat berkaitan dengan ucapan dan tindakan yang dibuat dalam dewan dan bukannya digunakan untuk mengambil tindakan terhadap perkara yang berlaku di luar dewan.

“Kebiasaannya, jawatankuasa itu mencadangkan kepada dewan untuk mengambil tindakan, dan akhirnya yang mengambil tindakan adalah semasa sidang DUN atau Dewan Rakyat.

“Tetapi sekarang ini, apa yang berlaku ialah seorang yang mendapat kuasa menjadi speaker boleh menggantung semua orang. Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sekali dan ianya tidak boleh dihargai dan dihormati oleh sesiapa,” katanya.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata tindakan Sivakumar itu jelas bermotifkan politik.

Katanya ia merupakan satu taktik terdesak pembangkang.

“Beliau tidak sepatutnya berbuat demikian,” kata Azalina.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan Sivakumar itu adalah subjudis kerana isu pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar telah dirujuk ke mahkamah.

“Beliau tidak boleh buat keputusan, jatuhkan hukuman…kerana dia (pembangkang) dah bawa kes itu di mahkamah. Oleh itu, dia perlu menunggu keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita.

Pada 13 Feb lepas, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

“Apa yang dilakukan di Perak adalah satu perkara yang pelik. Ada persepsi orang seolah-olah macam mahkamah…dia panggil (Zambry menghadap jawatankuasa itu) lepas itu jatuhkan hukuman. Dia tak boleh buat macam itu, kena ada prosedur, ada perkara-perkara yang perlu dilakukan, kesalahan dilakukan dalam dewan.

“Ini 18 bulan digantung macam digantung tak bertali, mana kuasa dia? Mesti tengok kuasa dia. Sekarang sudah ada kerajaan, kita tidak hendak suasana yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata dakwaan kononnya pembentukan kerajaan negeri Perak oleh Barisan Nasional tidak mengikut prosedur tidak timbul kerana ia ditubuhkan mengikut lunas undang-undang dan diperkenankan oleh Sultan Azlan Shah.

— BERNAMA

 

http://bernama.com/

8 responses to “Tindakan Speaker Perak Satu Penyalahgunaan Kuasa-Bernama

  1. Pariah tarak tamadun punya Tuan Speaker…ingat Dewan Bapak hang punya..

    najib dah plan baguih hang kacau daun.. timbalan speaker dah ada ….macamana nak hilangkan Pariah ni. Kesian MB Zombie and the gengs nak buat khidmat rakyat pun susah….

  2. abdullah zayid

    tindakan sivakumar ni cuma nk cari publisiti murahan.. nk keluar paper n tv, then pengikut2 taksub n kumpulan anti malay n islam akan mendapat persepsi bahawa DAP bijak. tetepi sebenarnya mereka dh tahu tkleh wat ape. sb pelantikan mb dan exco sah. Sivakumar boleh hilang jawatan speaker kerana salah guna kuasa. dan satu lg, Hakim akan membuat keputusan dgn adil ttp kalo hakim tu org Pas, faham2 je lah, sdgkan agama pun dorg pusing, inikan pulak undang2.. haha bergembiralah dgn dunia tipu helah!..

  3. abdullah zayid

    SEMUA PEMIMPIN DAP DAN PENYOKONG DAP ADALAH MUSUH MELAYU DAN ISLAM. PEMMPIN UMNO JGN CUMA TAHU BUAT DUIT SAJA, LAWAN MESTI LAWAN;! KALAU PENAKUT BAIK BERAMBUS! LIM KIT SIANG, MMG DARAH KAU PUN MERAH MCM SULTAN JUGA, TP DARAH KAU BUSUK MCM DARAH BABI!

  4. Bertindaklah orang-orang Melayu Perak. Jangan biar bangsa-bangsa yang diangkut oleh penjajah menjajah anda.

  5. wa sangat setuju 2000% dgn komen TokMudim, Mati berdiri laa nampaknye MB Zombie and the gangs, apa tuan speaker ni ingat dewan tu dia punya, yang sangat wa hanginnn, apasai 18 bulan jee, gantung terus je si zombiee tu.For bukit gantang citizens! stay alert LANUN is coming down.

  6. jangan asyik salahkan orang. kita sebagai umat islam mesti bersatu untuk tegakkan islam. jangan main politk kotor untuk hancurkan islam. ingat hukum ALLAH yang bakal anda terima. atas dunia memang boleh buat ikut hati. akhirat yang azali bakal dilalui oleh semua. tiada benda yang kekal diatas dunia ini

  7. jangan syik memperjuangkan melayu sahaja. islam adalah hakiki

  8. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009

    Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput – namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue – agreed fact).

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan – tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu – 15 Mei 2009.

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti – maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

    Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah – maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat – isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai – Sultankah?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu – sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s