Majlis peguam persoal keputusan mahkamah-Malaysiakini

 

Mar 3, 09 7:17pm
Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN. 

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. 

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu. 

“Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?” kata Ambiga dalam satu kenyataan.

“Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan.” 

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis. 

Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. 

Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.

“Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi,” kata Ambiga.

 

http://www.malaysiakini.com/news/99495

5 responses to “Majlis peguam persoal keputusan mahkamah-Malaysiakini

  1. penulis_cyber

    Majlis Peguam yang pro pkr nak bagi statement sokong tindakan Sivakumar ??? bagus lah mcm tu..

    Jangan tertipu….dah jelas belang ke arah sana..

  2. Celaka Punya Hindu Pariah…………………

    Dah la tak hormat Sultan……. Pertikai Mahkamah pula.

    Memang Puak Hindu tak boleh bagi muka…
    Patut la Cina kata, Kalu wa jumpa ular dengan Hindu, wa pukul Hindu dulu…

    Melayu yang duk sokong Hindu ni pun memang depa ni Celaka Babi…….

  3. sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah swt, mohon tunjuk kebenaran dan keadilan. Ingatlah kita semua bahawasanya ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA KUASA.

  4. apa nak jadi kat malaysia ni hari-hari bercakaran bukan nak bangunkan ekonomi negara malah melingkupkan lagi orang dalam kesusahan cari kerja dia sebok dg nak besarkan kuasa……..
    kau ingat kalau negara tak aman boleh cari makan…………..?

  5. Mohd Karim

    Dalam kemelut di perak kita sama-samalah fikir jangat ikut kepatian atau perasaan, kembali kepada Basic iaitu dalam undang-undang tubuh negeri Perak Sultan adalah Ketua dinegeri tersebut atau cara paling mudah kalau nak faham !….. rumah kita siapa siapa yang tadbir ?……………….. Samada ayah kita atau kita sendiri kiranya kita jadi ketua keluarga. Sultan juga ada kuasa iaitu ” PERKENAN ” perlantikan menteri besar dan membubar dewan undangan dengan ” PERKENAN ” . mudah saja tak paya nak pecah-pecah kepala , pergi mahkamah dan sebagainya. Yang menjadi masaalahnya terdapat individu yang hendak jadi juara di sokong oleh puak politik, itu ja…………. Jadi saya harap semua orang melayu bertenang dan berfikir dengan penuh kewarasan marilah kita bersatu dalam satu bangsa dan agama, mengapa kita harus berpecah belah atau berpuak-puak akhirnya siapa yang untung ?……… Melayu masih dok takok lama je !…… Yang boleh dibanggakan sikap melayu ialah …. DENGKI, KHIANAT, TAMAK, SOMBONG ………………………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s