Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab-Malaysiakini

 

Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

najib on kuala terengganu by election 060109 03Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. 

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. 

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud DubusArnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu – berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan – dalam projek bukunya akan datang.

 

http://www.malaysiakini.com/news/99621

7 responses to “Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab-Malaysiakini

  1. benarkah?..
    kalau benar sebarkan….

  2. cerita cerita yang di sebarkan adakah ada buktinya. kalau boleh clip gambar gambar yang telah di ambil

  3. MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL DI SELURUH NEGARA{ Mac 2, 2009 @ 12:00 pm } · { Majlis Ilmu, Mawlid }
    { Tags: Habib Kazim, habib soleh, maulid } · { Komentar (2) }

    MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL DI MAF

    aturcara @ 7 Mac 2009:
    1) KULIAH SUBUH oleh:
    AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI

    2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
    – CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
    – bacaan WIRDUL LATHIF
    – Solat Maghrib
    – bacaan MAULID & QASIDAH
    – CERAMAH UTAMA oleh :
    HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
    (Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)

    anda juga turut dijemput
    ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    bermula pada :
    3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)

    ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
    ————————————————————
    JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF
    TARIKH
    mASa
    PROGRAM
    TEMPAT MAJLIS

    5/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid AlBukhari K.Lumpur

    6/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam

    7/3
    6 mlm
    Maulid
    Masjid Al-Falah USJ 9

    8/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur di Pantai Dalam

    8/3
    7 mlm
    Maulid
    Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka

    9/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Baitul Aman,K.Lumpur

    10,11,12/3
    Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis

    13/3
    12 t/hari
    Khutbah
    Di Masjid UIA

    14/3
    11 pagi
    Bahas
    Perbahasan di Jenderam

    14/3
    7 mlm
    Maulid
    Di Jenderam

    15/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur

    di Pantai Dalam

    15/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,

    Pahang

    16/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Seremban N.Sembilan,

    17/3
    7 mlm
    Maulid
    Melaka

    18/3
    7 mlm
    Mauid
    Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights

    http://pondokhabib.wordpress.com

  4. penulis_cyber

    tq atas info..

  5. Salam bro
    adoi bro laporan liberation tu ‘copy paste’ dari malaysia today..tak ada bezanya cuma internasional sahaja haha..
    Dia cuma melaporkan, bukti mana ?

    http://analisisringan.blogspot.com/2009/03/ketakutan-sedang-melanda-pakatan-rakyat.html

  6. Fitnah dan fitnah dan fitnah tiap masa….

  7. Menteri pasola

    Kalu Najib x bersalah apasal gi bunuh altantuya.?baik kawin je ngan model tu. Ituje aku nak tanya pada fanatik umno..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s