Kenyataan Nik Aziz mengenai penggunaan perkataan Allah mengelirukan-Mstar

 

PUTRAJAYA: Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam sangat mengelirukan umat Islam, kata penasihat agama kepada perdana menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

 

Katanya ini kerana ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menyentuh kesucian agama Islam daripada segi kepercayaan umat Islam bahawa Allah itu tiada anak dan tidak diperanakkan serta tiada sekutu bagi-Nya.

 

“Sememangnya masyarakat jahiliah ada menggunakan nama Allah sejak zaman Rasullullah S.A.W. lagi tetapi ia dalam bentuk yang salah dan menyeleweng seperti mereka mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak dan diperanakkan, malaikat merupakan anak perempuan Allah dan Allah mempunyai sekutu seperti berhala dan sebagainya.

 

“Sebab itu Rasullululah S.A.W. diutuskan untuk menghapuskan penyelewengan ini dan menyeru kembali kepada ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah,” katanya pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Nik Aziz.

 

Pada 2 Mac lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan dengan alasan bahawa dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi.

 

Dr Abdullah berkata perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan penggunaan perkataan Allah hendaklah berasaskan kepada konsep tauhid seperti yang diajar oleh Islam sebagaimana yang terdapat dalam Surah al-Ikhlas dan ayat-ayat al-Quran yang lain. BERNAMA

 

http://www1.mstar.com.my 

11 responses to “Kenyataan Nik Aziz mengenai penggunaan perkataan Allah mengelirukan-Mstar

  1. Allah dalam ajaran Islam adalah tuhan yang bersifat tunggal, tunggal hakikat dan tunggal pula dalam segala tindakannya.
    Tidak bersekutu dengan siapa jua. Allah tidak mempunyai anak, tidak pula mempunyai bapa, tidak menyerupai sesuatu, tidak ada perantara antara Allah dengan hambaNya baik berbentuk wali, keramat, pendeta, padri, bomoh, ulamak dan sebagainya. Ini terdapat dalam mana-mana ayat al-Quran.Itulah tauhid yang murni.
    Dalam Islam tidak ada satu lembaga atau panel atau individu tertentu yang dianggap suci oleh masyarakat Islam dan boleh menghapuskan dosa orang Islam yang lain.
    Antara manusia adalah sama disisi Allah, tidak kira yaima dia seorang ulamak atau buruh kasar.Ukuran status kemuliaan seseorang bagi Allah terletak sejauh mana ketakwaan mereka kepada Allah.
    Masyarakat Islam sejak zaman Nabi tidak ekstrim sehingga mengangkat Muhamad sebagai anak tuhan. Dalam Islam tidak ada konsep Tuhan bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus yang dipanggil Triniti.
    Mereka percaya Muhamad sebagai utusan Allah yang menyampaikan yahyu, itu sahaja.Setahu saya Nabi Isa sendiri pun tidak mengaku dia anak tuhan. Konsep ketuhanan dalam Islam terang dan senang difahami.
    Kalau demikian konsep ketuhanan dalam Islam bagaimana agama lain hendak menggunakan nama Allah dalam konsep ketuhanan mereka. Ia boleh mengelirukan generasi muda.

    ketitir.blogspot.com

  2. semoga tuan dapat memasukan blog saya kedalam blog tuan

    htpp://kamalfarsya.blogspot.com/

    terima kasih atas pertimbangan tuan

  3. penulis_cyber

    ok Insya Allah

  4. adakah anak di Malaysia bodoh untuk tidak tahu membaca dan memahami agama sendiri? haha…fikirkankah.

  5. Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan sesuatu yang perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam agama ini. pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi. Mengapa di negara islam yang mempunyai jumalh paling ramai yang beragama islam tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini??? Kenyataan Nik Aziz sebenarnya tidak mengelirukan..cuma pendengarnya tidak faham dengan sejarah…

  6. puji puja rasulullah

    persoalan sekarang bukan hanya kerana akidah umat islam sahaja, umumnya kita tahu umat islam beriktikad allah itu esa pada zatnya sifatnya dan perbuatan nya dan esa itu mutlak hanya baginya..dalam konteks penggunaan namanya sebagai tuhan yang menciptakan seluruh makhluk dan alam memang itu hakikatnya..tetapi apabila penggunaan nama allah itu oleh orang2 yang selama ini tidak mengikut ajaran dan kehendak allah dengan mengikut dakwah rasul nya yang terpilih kita wajib mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka..mereka telah mengubah kitab2 allah yang di wahyukan kepada nabi2 sebelum ini..dan memanggil tuhan dengan gelaran2 yang lain..mengapa sekarang hendak memanggil dan meletakkan nama allah dalam kitab yang telah mereka seleweng dan cipta sendiri..??kemungkinan besar hendak mengubah taktik dakyah mereka…kita wajib paham dan sedar kehendak mereka..harap ulama bertaraf mursyidul am berkata kata untuk kepentingan umum..bukan untuk mencari kelemahan pihak kerajaan dan ulama lain dalam majlis fatwa dan sebagainya..wallahuaklam

  7. Assalamualaykum…
    In order to keep our track in the right path, let it be firm and conviction and cherish the great hope…

    Do read and understand this verse, which is not mine for my rigth but He, Allah Most Gracious and Most Merciful.

    Sura Ma’idah PART VII ( Meaning Of Al-Qur’an by Abdullah Yusuf ‘Ali )
    Verse 82 – 84
    “Strongest among men in enmity to the believers will you find the Jews and the Pagans; and NEAREST to them IN LOVE to the BELIEVERS will you find those who say, “We are CHRISTIANS”: Because amongst these are men who have renounced the world, and they are not arrogant.”[82]

    “And when they listen to the revelation received by the Messenger, you will see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth: they pray “Our Lord! We believe; write us down among the witnesses.”[83]

    “What cause can we have not to believe in ALLAH and the truth which has come to us, seeing that we long for our Lord to admit us yo the company of the RIGHTEOUS?'[84]

  8. cuba kamu bayangkan jika kamu diharamkan menggunakan perkataan ALLAH dalam agama sendiri

  9. kenapa ramai pemimpin pakatan rakyat setuju gereja katholik guna kalimah Allah? sedarkah mereka bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah iaitu Allah Yang Maha Esa. Tuhan bagi orang2 islam. Biarpun mereka mengatakan dlm kitab Bible nama tuhan ialah Allah tapi Tuhan itu merujuk kepada Tuhan sekelian alam. Memang betul tetapi sedarkah bahawa segala agama dan kitab yg diturunkan setelah datangnya islam dan AlQuran telah terbatal. Jadi mengapa para ilmuan islam masih menyokong kepada golongan yg ingkar seruan Allah iaitu penganut kitab2 yg telah dimansuhkan oleh Allah? Peliharalah kalimah suci Allah itu, jangan sokong membabi buta. Ini adalah ujian Allah adakah umat di Malaysia ini benar2 memelihara kesucian Allah? Tunggulah bala yg akan menimpa Malaysia seandainya kalimah suci ini tidak dapat dipelihara oleh umat islam terutama para pemimpin yg beragama islam serta orang2 yg dilabelkan tokguru2 oleh pengikut PAS.

  10. Saya sangat kecewa dan merasa heran bagaimana orang2 melayu islam di semenajung malaysia mudah keliru dan nampak sangat tidak faham dengan agama sendiri.Mengapa harus takut dan keliru apabila agama kristian menggunakan perkataan Allah?Tolonglah gunakan akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah Yang Mahakuasa untuk membezakan agama islam dgn agama2 lain.Jangan sesuka hati membicarakan agama orang lain jika tidak tahu.Bukan agama lain shj yang harus menjaga sensetiviti orang islam tetapi agama islam juga harus sama2 menjaga sensetiviti agama lain.Jangan angkuh dan bongkak.Soal kepercayaan agama lain janganlah kita persoalkan sebab ia tidak akan berkesudahan,tetapi marilah kita semua menghormati kepercayaan agama orang lain.Menghormati agama lain tak bererti kita mempercayai agama tersebut.Tuhan yang kita sembah hanya satu sahaja iaitu Tuhan Yang Maha Esa cuma pendekatannya berlainan jadi tak perlulah kita berperang utk membuktikan mana satu agama yang betul.Biarlah Yang Maha Kuasa menentukannya pada hariNya kelak.Biarlah kita terus hidup dgn aman dan makmur di negara yg kita cintai ini,serta ingatlah selagi Tuhan masih memberikan kita peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini berbuat baiklah dengan sesama manusia dan taatilah seruan agama masing2.

  11. orang yg mengaku islam sekarang pun ramai yg belum mengaku dengan hati dan perbuatan bahawa allah itu esa…cakap dengan mulut saja allah esa,tunggal…sungguh ka yakin dengan tuhan?ka yakin dengan diri sendiri..yakin dengan kebolehan sendiri…yajin dengan duit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s