Bantah PPSMI: Lapan ditahan-Utusan Malaysia

 

 

 

PASUKAN Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berusaha menyekat sebahagian daripada 5,000 penunjuk perasaan berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam, yang berkeras mahu berarak ke Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada Yang di-Pertuan Agong. Gambar kanan, dua penunjuk perasaan cuba menghalang tugas polis. – UTUSAN / DJOHAN SHAHRIN

 


KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

 

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Penyokong perhimpunan itu yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang di Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Pasar Seni menjadi sukar dikawal apabila mereka berarak ke Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Bermula dari pekarangan Masjid Negara, kekecohan tercetus apabila ribuan penyokong yang berkumpul bertindak agresif merempuh halangan polis. Mereka berarak sejauh satu kilometer menuju ke Istana menerusi Jalan Syed Putra.

Kira-kira 25 minit kemudian, pergerakan itu menghampiri Istana Negara, menyebabkan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Terdapat segelintir peserta perarakan itu yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.

Ketika itu, terdengar seorang di antara penyokong memaki hamun pasukan FRU itu dengan perkataan ‘anjing’.

Insiden petang ini turut menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara terutamanya Jalan Mahameru sesak teruk di kedua-dua arah sepanjang kekecohan ketika perarakan itu berlaku.

Kira-kira pukul 2.50 petang, Pengerusi GMP Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyerahkan memorandum itu di hadapan pintu masuk bangunan Istana Negara.

Memorandum itu diterima oleh wakil Istana Negara, Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithanini.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, lapan orang ditahan di sekitar Masjid Negara dan berhampiran Istana Negara kerana menyertai perhimpunan yang tidak mendapat permit polis itu.

Menurut beliau, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Dang Wangi untuk disiasat mengikut mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

“Polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan ‘meriam air’ untuk menyuraikan mereka.

“Polis juga memeriksa 119 orang lagi kerana ingkar arahan bersurai,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, Polis Kuala Lumpur tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan dan perarakan tersebut.

“Bagaimanapun, terdapat segelintir penyokong yang menimbulkan kekecohan sehingga keadaan menjadi tidak tenteram,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

 

http://www.utusan.com.my/

Advertisements

3 responses to “Bantah PPSMI: Lapan ditahan-Utusan Malaysia

  1. NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
    Memang inilah kerja parti pembangkang…tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu…bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

    Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

    Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

    Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

    Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

    Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

    Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

    Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

    Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

    Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

    Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

    Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

    Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

    PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

    Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

    Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

  2. Cuba kita semua selidiki. Berapa ramai para siswazah yg akan tamatkan pengajian mereka? Berapa banyakkah kolej dan universiti yg ada di negara kita? Berapa banyakkah peluang pekerjaan yg kita boleh sediakan sepadan dengan jumlah graduan? Mencukupikah bahan-bahan ilmiah serta rujukan dalam BM? Adakah usaha pakar-pakar bahasa mengalihbahasa buku-buku ilmiah luar ke BM? jika jawapan anda, tidak ramai graduan, mereka pasti memperolehi pekerjaan dan terdapat banyak bahan-bahan ilmiah dan rujukan dalam BM, maka dengan itu saya menyokong 100% pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam BM di semua institusi pendidikan di negara kita.

  3. Saya sedih dengan apa yang berlaku.. 😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s