Bedah siasat kedua Kugan ‘tidak tepat’-Malaysiakini

Mar 7, 09 4:38pm
Bilangan kecederaan yang disenaraikan dalam laporan bedah siasat kedua terhadap A Kugan “tidak tepat kerana termasuk luka yang disebabkan oleh pemeriksaan semasa bedah siasat pertama,” kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican menyangkal dakwaan keluarga Kugan semalam yang menyatakan bedah siasat pertama oleh pakar patologi Hospital Serdang menyenaraikan 22 kesan kecederaan pada mayat, berbanding laporan kedua yang mendapati hampir 40 kecederaan, kesan bakar dan calar.

“Laporan bedah siasat Hospital Serdang didapati penemuan sebanyak 83 perlukaan dan kecederaan di badan mendiang. 

“Deskripsi setiap perlukaan dan kecederaan juga adalah lebih terperinci dalam laporan bedah siasat Hospital Serdang,” Bernamamemetik Dr Mohd Ismail berkata.

Keluarga mendiang semalam membuat aduan polis, mempertikaikan perbezaan ketara antara laporan bedah siasat hospital itu dengan laporan kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bedah siasat pertama mendapati punca kematian akibat terdapat cecair di dalam paru-paru, manakala bedah siasat kedua mendapati kematian pemuda 22 tahun ini akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat.

Susulan perbezaan dua laporan itu dan pertikaian beberapa pihak, Kementerian Kesihatan bercadang mengadakan siasatan bebas bagi berlaku adil kepada semua pihak, kata Dr Mohd Ismail lagi.

Tambahnya, tindakan itu diambil susulan wujud tuduhan tidak berasas terhadap kementerian, terutamanya pakar patologi forensik Hospital Serdang yang menjalankan bedah siasat awal.

Keputusan siasatan akan dimaklumkan setelah ia selesai dilaksanakan.

Dalam kenyataan kepada agensi berita itu, Dr Mohd Ismail juga menegaskan bahawa kementerian tidak menyembunyikan fakta dan penemuan bedah siasat seperti yang dilaporkan.

“Bedah siasat ke atas mendiang telah dilakukan secara beretika dan
profesional oleh seorang pakar patologi forensik yang mahir dan berpengalaman luas selama lebih daripada 20 tahun,” beliau dipetik berkata.

Beliau berkata, walaupun pendapat pakar patologi forensik boleh berbeza dalam menentukan sebab kematian, namun kebiasaannya penemuan semasa pemeriksaa hampir serupa seperti yang berlaku dalam kes Kugan.

Tambahnya, apa yang penting dalam kes itu ialah penemuan kedua-dua pakar yang terlibat hampir sama jika laporan-laporan itu
diteliti dengan baik.

Menurut agensi berita itu, Dr Mohd Ismail berkata laporan Hospital Serdang yang diberikan kepada keluarga Kugan seperti diterbitkan kembali Malaysiakini semalam adalah laporan komprehensif, manakala rekod penemuan bedah siasat yang terperinci serta gambar-gambar yang diambil semasa bedah siasat berada dalam simpanan hospital  untuk rujukan mahkamah.

Kementerian tidak berhasrat berbincang soal punca kematian Kugan secara terbuka dan meminta orang ramai jangan membuat tuduhan melulu sebelum penyiasatan rapi dilakukan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab, termasuk kementerian sendiri, katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kes itu akan diberi perhatian serius,
tetapi kementerian juga berharap orang ramai dapat bersabar sementara menanti kementerian menyiasat secara bebas dan profesional penemuan kedua-dua pakar forensik yang berpengalaman itu.

 

http://www.malaysiakini.com/news/99796

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s