Maulidur Rasul disambut meriah

 

KASIH SERI PADUKA… YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan trofi anugerah kepada penerima anugerah OKU Muhammad Haziq Samrat, yang bergerak menaiki papan luncur, sambil diperhatikan oleh Datuk Zahid Hamidi pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR


KUALA LUMPUR 9 Mac – Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.

Di SEREMBAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengetuai lebih 9,000 peserta perarakan Maulidul Rasul peringkat negeri di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini pagi ini.

Sebanyak 62 kontinjen daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar ini sambil membawa sepanduk dan berselawat.

Terdahulu, Tuanku Muhriz dalam titahnya menyeru umat Islam di negeri ini supaya berazam menjadi anggota masyarakat yang beriman, berilmu dan berkemahiran serta taat menyempurnakan ajaran Islam dan juga sunah Rasulullah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengingatkan umat Islam supaya memainkan peranan yang membina dan mengekalkan keimanan serta nilai kerohanian dan persaudaraan sejati agar dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan ummah.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan sejauh 1.2 kilometer dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Sebanyak 92 kontinjen daripada jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pasukan berunifom, pelajar sekolah, pertubuhan badan bukan kerajaan dan swasta melibatkan 3,680 orang mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu Tengku Sri Panglima Raja Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud berkenan merasmikan sambutan itu di Stadium Negeri dan melancarkan Bulan Dakwah peringkat negeri.

Di ALOR SETAR, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyeru umat Islam kembali kepada penghayatan ajaran agama dalam menghadapi kesukaran dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

“Ombak perpecahan agak mengganas, namun umat Islam perlu bangun berpasakkan keyakinan dengan janji pasti Allah melalui lidah Rasulullah, bahawa Islam sentiasa berada di puncak keagungan.

“Pakej kehidupan tidak akan harmonis jika tersilap tafsir apa erti agama, tidak menghayati keagungan sunah dan menyisih serta meminggirkannya dari kehidupan,” titah baginda pada majlis pelancaran sambutan peringkat negeri di Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Di KOTA KINABALU, lebih 7,000 umat Islam menyertai Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dalam perarakan dari Padang Merdeka ke Bangunan Majlis Ugama Islam (Muis) di Sembulan, dekat sini.

Sebanyak 83 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.

Di KOTA BHARU, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra berangkat menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Masjid Muhammadi di sini, malam tadi.

Baginda sebelum itu mendengar ceramah keagamaan sebelum bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Isyak. – Bernama

 

http://www.utusan.com.my

Advertisements

5 responses to “Maulidur Rasul disambut meriah

  1. penulis_cyber

    mana sambutan maulid rasul di kelantan ???? ohhh ye nik ajiss tak suka dan jeles org puji nabi lebih dari diri dia….sbb tu x buat maulid

  2. puji puja rasulullah

    hehehe aku tak nak kritik nik aziz sebab dia ulama dan orang tua..tapi tang maulid memang aku tak setuju dengan dia, dia suka puji mawi menyanyi tapi tak suka orang sambut nabi berdiri berselawat..!! sambut deepavali dia kata toleransi dengan sesama manusia sambut maulid tak mau kompromi kenapa.???bidaah..??lantak korang la nik ajiss

  3. puji puja rasulullah

    orang marah aku pertahan maulid rasulullah..ada juga orang marah aku kritik nik aziz..kritik puji dan puja nabi dorang tak marah tapi diorang pantang aku kritik nikaziz aku pun tak paham siapa yang ikut siapa … ikut nabi tapi tak suka puji nabi..?? siapa lagi patut di puji nik aziz ke nabi..?? nik aziz cakap apa puak mereka semua tak boleh kritik..!!selawat dan salam pada nabi boleh kritik sebab bidaah puji orang dah mati..pakai serban pun warisan orang yang dikatakan dah mati tu la tuan guru buat apa ikut aamalan orang dah mati..????

  4. puji puja rasulullah

    member aku kata sambutan maulid ada persamaan dengan sambutan kristian kerana mengingati nabi isa..sabab tu nik aziz tak nak sambut maulid sambut hari nuzul quran je..aku jawab kalau orang kristian sambut nabi isa maka aku pun nak sambut juga sebab isa nabi allah tapi betul ke mereka sambut nabi isa..??bukan kah mereka semua dah menyeleweng dan sesat..?? orang kristian bohong..!!!adakah kita sambut maulidirrasul kita juga bukan menyambut nabi mulia muhammad mcm kristian??adakah sambutan maulid kita menyambut nabi palsu..??? nik ajisss kena jawab

  5. penulis_cyber

    ye benar…tak patut 18 tahun nik ajiss tak buat maulid..puji puja rasulullah – anda dari kota bharu ke ? patut anda hantar memorandum dedahkan perangai benci nabi nik ajis ni….ke dia nak jadi nabi ke apa ????? tq datang meriahkan blog ini…salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s