KDN gantung akhbar PAS, PKR ~ Malaysiakini

 

Mar 23, 09 5:42pm
kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah danSuara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.  

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverTindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. 

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

 

http://www.malaysiakini.com/news/100800

2 responses to “KDN gantung akhbar PAS, PKR ~ Malaysiakini

  1. alhamdulillah…

    akhirnya akhbar FITNAH ini di tarik semula penerbitannya…

    sepatutnya mereka fikirkan kenapa permit di tarik…

    kalu asyik keluarkan artikal yg bole menimbulkan hura hara n berunsur provokasi, lebih baik d simpan dl…

    wartawan ade etika, jadi jadilah wartawan yg bermaruah….

    saya harap mereka ubah pendekatan PROVOKASI ini supaya etika kewartawanan senantiasa terpelihara dan terjaga dan akhbar PEMBANGKANG ini bole di terbitkan semula bagi menjunjung kesuburan demokrasi…

    WASSALAM…

  2. puji puja rasulullah

    berhentilah perbalahan,buruk sangka dan sifat irihati tenguk orang naik..buat apa nak jatuh menjatuh dan ajak orang jatuhkan orang lain..wahai orang melayu islam berhentilah dari politik jatuh menjatuh…beri peluang pada kepimpinan yang ada..setiap manusia ada kelemahan..kita perlu bantu bukan menjatuhkan…umno perlu berubah..pas perlu berubah..dan yang tak ada parti macam aku perlu sangka baik pada dua2..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s