Beri saya saf padu – Najib ~ Malaysiakini

 

Najib Tun Razak bersama pemimpin ketiga-tiga sayap parti (dari hadapan, kiri) Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Noraini Ahmad (duduk) melaungkan ‘Hidup Melayu’ pada majlis perasmian persidangan serentak perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Turut hadir Setiausaha Agung umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – utusan

 


KUALA LUMPUR 24 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.

 

 

Dalam ucapan yang ringkas tetapi sarat dengan pesanan dan peringatan, Timbalan Presiden UMNO itu juga mahu kepimpinan beliau sebagai Presiden parti kelak disokong oleh sekumpulan pemimpin yang ampuh dan padu.

Kata Najib, amanah yang dipikul oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diserahkan kepadanya dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara.

Oleh itu, katanya, tergalas di bahu beliau satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia UMNO membela untung nasib rakyat.

Justeru, beliau berharap permuafakatan yang terjalin antara tiga sayap parti – Pemuda, Wanita dan Puteri – dapat diteruskan sementara sokongan yang sama turut diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada bakal Timbalan Presiden yang baru kelak.

“Dengan penuh semangat saya yakin bahawa jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ucapan yang fokus kepada peranan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menyentuh jatuh bangunnya ahli-ahli ketiga-tiga pergerakan itu untuk berfungsi sebagai nadi perjuangan parti.

Dalam ucapan tersebut, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan dirinya bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwaris beliau itu telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung.

Beliau menamakan satu persatu tokoh negara bermula dengan Datuk Onn Jaafar, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman, seterusnya Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan oleh beliau sebagai amat berbakti kepada negara.

Najib turut melahirkan rasa hiba kerana persidangan kali ini adalah yang terakhir bagi beliau sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan tiga sayap parti itu selepas lebih 33 tahun bersama.

“Alangkah hiba rasanya malam ini saya berdiri di hadapan saudara-saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Saya juga berasa terharu dan tawaduk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara,” katanya.

 

http://www.utusan.com.my

Advertisements

2 responses to “Beri saya saf padu – Najib ~ Malaysiakini

  1. Pingback: blog pemuda besut « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  2. R. Nadarajan

    Tsunami came and went away; many floods came and subsided; numerous catastrophes and disasters had happened in Malaysia. But all the Malaysians (Malays, Chinese, Indians and Other races) went on living peacefully; and they are also living peacefully today, as long as they are law abiding, non-greedy citizens of the land. Only, Greed and the craze for power causes a lot of problems to everyone. Everyone must realize this.
    Great Lord Krishna had declared that:
    Whatever had happened, had happened for the good of us;
    Whatever that are happening now are happening for the good of us;
    Whatever that are going to happen shall happen for the good of us.
    So go on with your lives without thinking evil, talking evil, looking at things in an evil manner and finally listening to evil gossips.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s