Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April? ~ Utusan Malaysia

 

KUALA LUMPUR 30 Mac – Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.

Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.

“Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya,” kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.

Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.

 

http://www.utusan.com.my

5 responses to “Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April? ~ Utusan Malaysia

  1. Salamz…

    Adakah peralihan kuasa ini akan mempengaruhi PRK di tiga kawasan?

    Sama-sama kita saksikan…

    hahahaha

  2. Tahniah kepada Dato Seri Najib…semoga syiar islam terus disemarakkan…AMIN

  3. pm sekarang perasuah

  4. HambaAllah

    Orang dok kataPM skarang perasuah. Yang kapla PKR tu dok berjuang keparat apa pon xtau. Lama2 malaysia ni tinggai nama ja la tanah melayu…kesian anak cucu kita nanti. tanah sendiri dok melepas bagi kat org… Salah orang nampak, salah sendiri dok diam saja… tu la kerja kaum2 PR.

  5. hamba Allah

    sebelm komen ape2 sila kaji dulu agenda kedua belah pihak baik pihak kerajaan atau pakatan rakyat. tetapi adalah tidak sihat bg sesebuah negara yg kononnya mgamalkn demokrasi tp hanya sebuah parti saja yg bkuasa semenjak merdeka,ini hanya akan mengalakkan salahguna kuasa,rasuah,kronisme dan nepotisme…tp hasil dari kajian dan pemerhatian saya wajarlah pakatan rakyat diberi peluang untuk menerajui negara kerana pada pandangan saya rakyat sudah muak dengan barisan nasional.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s