GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran ~ Utusan Malaysia

GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 5 April – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

“Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang ini.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

“Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

“Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari ‘Surah Aura’ yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A’raf,” katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Taiping di sini hari ini.

“Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

“Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah,” ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.

http://www.utusan.com.my/

One response to “GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran ~ Utusan Malaysia

  1. Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia
    Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
    Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
    Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

    Antara jemputan khas:

    •Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
    •Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
    •Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) – membacakan Qasidah Burdah
    •Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
    •Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
    •Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
    •Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
    •Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
    •Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi

    Aturcara Majlis

    4.30pm — Sholat ‘Ashar Berjemaah

    4.45pm — Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

    5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis

    5.30pm — Ceramah 1 – Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Iraq)

    6.00pm — Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

    6.30pm — Qasidah Burdah – Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

    6.50pm — Syair – Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

    7.05pm — Ceramah 3 – Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

    7.25pm — Azan dan Sholat Maghrib

    7.45pm — Ceramah 4 – Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

    8.31pm — Azan dan Sholat ‘Isyak

    8.40pm — Ceramah 5 – Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

    8.50pm — Bacaan Maulud ad-Daiba’ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

    9.20pm — Doa Penutup – Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

    9.30pm — Jamuan & bersurai

    Semua dijemput hadir.
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s