Tahanan ISA tidak boleh keluar kawasan – Syed Hamid ~ Mstar

Isnin April 6, 2009

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Sekatan kepada dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya tidak keluar daripada kawasan masing-masing bertujuan bagi mengawal pergerakan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sekatan tersebut bertujuan bagi memastikan pihak polis mengawal pergerakan mereka sehingga tempoh pemantauan berakhir.

“Sekatan seperti ini adalah perkara yang lazim dibuat untuk lihat perkembangan tahanan yang dibebaskan.

“Dua orang pemimpin Hindraf ini sepatutnya dibebaskan pad 13 Disember 2009, tapi kita gantung pembebasan mereka dan biarkan mereka bebas di luar namun dengan sekatan sehingga 13 Disember 2009,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa pembebasan Peguam Hidraf, V. Ganabatirau dan R. Kenghadharan adalah tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kediaman masing-masing.

Lim juga mendakwa sekatan itu merupakan sesuatu yang memalukan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan kebebasan kepada rakyat dan amalan demokrasi dipraktikkan dalam kepimpinannya.

“Ganabatirau tidak boleh keluar daripada Shah Alam dan Kenghadharan tidak boleh keluar daripada Petaling Jaya.

“Ini perkara biasa bagi tahanan yang dibebaskan sebelum tempoh masa,” katanya.

Menurut Syed Hamid lagi kedua-dua mereka juga hanya dibenarkan berada di luar kediaman masing-masing bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang.

“Mereka hanya boleh keluar rumah dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang, lepas itu kena pulang.

“Mereka juga perlu melapor diri kepada polis di kawasan masing-masing pada setiap hari Isnin,” katannya.

Ganabatirau dan Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/6/mstar_berita/20090406161615&sec=mstar_berita

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s