Khairy sedia bantu PM ~ Utusan Malaysia

 

 

 

MELAKA 9 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam Kabinet tidak penting baginya apatah lagi dengan tanggungjawab beratnya sebagai ketua pergerakan tersebut.

“Sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya sedia membantu Perdana Menteri sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan (Kabinet) itu tidak penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Situasi Ketua Pemuda UMNO tidak terpilih menganggotai Kabinet bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Datuk Suhaimi Kamaruddin (1978-1982) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998) adalah antara Ketua Pemuda yang tidak terpilih menganggotai Kabinet sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang disiarkan laman web rasminya, http://www.rembau.net, Khairy berkata, Najib telah memberikan amanah kepadanya semalam supaya menumpukan sepenuh perhatian untuk mengukuhkan parti.

Katanya, memandangkan tugasan itu memerlukan komitmen yang tinggi, beliau dan Perdana Menteri sepakat ia tidak boleh dicampur aduk dengan tugas-tugas pentadbiran kerajaan.

“Saya telah dipanggil dan dimaklumkan oleh Perdana Menteri semalam bahawa beliau mahu saya menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda UMNO.

“Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN), kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggungjawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu Khairy meminta ahli Pemuda supaya menerima pengumumannya dengan hati yang terbuka dan menyambut cabaran yang telah diberikan Najib dengan penuh iltizam.

“Kepada Perdana Menteri saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah-bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda UMNO,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Pemuda melalui pelantikan naib ketuanya, Datuk Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau percaya Kabinet yang baru diumumkan mampu membantu Perdana Menteri dalam usahanya membawa perubahan berdasarkan pendekatan Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

 

http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s