Umno sedia terima Ibrahim tapi tidak ‘pinang’ ~ Mstar

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Kelantan bersikap terbuka jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ingin kembali menyertai parti itu.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata Umno Kelantan menyambut baik hasrat ahli Parlimen Bebas itu jika kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

“Umno sentiasa terbuka kepada siapa sahaja yang ingin menyertainya secara ikhlas tanpa sebarang desakan atau paksaan.

“Jika (Datuk) Ibrahim Ali ingin kembali kepada kita (Umno)…boleh saja, tak ada masalah,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ibtahim yang berkata beliau hanya menunggu ‘pinangan’ daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti itu.

Bagaimanapun tambah Annuar, perkara itu perlu diperhalusi dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan semua pihak.

“Kita perlu bincang dulu, tak perlu tergopoh-gapah,” katanya.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ibrahim bagi membincangkan mengenai ‘pinangan’ tersebut, Annuar berkata perkara tersebut akan dipertimbangkan.

“Kalau anak dara bolehlah kita pinang…ini dah janda dua kali, susah tu,” katanya dengan berseloloh.

Beliau bagaimanapun tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“InsyaAllah…mungkin nanti saya boleh ajak beliau minum-minum kopi sambil bincangkan mengenai perkara ini, kita tak ada masalah,” katanya.

Ditanya sama ada Umno Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan pentadbiran pusat mengenai perkara tersebut, beliau tidak dapat membayangkan apa-apa tindakan buat masa sekarang.

“Saya tak boleh nak bayangkan apa-apa, kita tunggu dan lihat dulu pekembangannya nanti,” katanya.

 

http://www.mstar.com.my/ 

One response to “Umno sedia terima Ibrahim tapi tidak ‘pinang’ ~ Mstar

  1. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 18 April 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 19 April 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.
    Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.
    Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.
    Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s