Tee Keat mahu ‘ambil alih’ LPKP ~ Utusan Malaysia

 

Oleh AMRAN AHMAD

 

ONG Tee Keat ketika merasmikan perlancaran Program Marhaba 2009 sambil diperhatikan oleh Akram Youssef di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 12 April – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang bertanggungjawab dalam kelulusan permit teksi dan pengangkutan awam di negara ini, diletakkan di bawah kementeriannya.

LPKP sebelum ini di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) – satu-satunya kementerian yang dimansuhkan dalam Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu.

Tee Keat yang juga Presiden MCA berkata, kerajaan sedang menimbangkan cadangan itu dan beliau menjangka LPKP akan dirombak semula bagi menyelaras serta melicinkan sistem penyampaian terutama pengawasan dan penguatkuasaan pengangkutan awam di negara ini.

Menurutnya, pihaknya kini menunggu keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini berhubung cadangan tersebut.

“Saya bukan gila kuasa kerana mahu LPKP di bawah kementerian saya.

“Cuma itu akan membantu penguat kuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) demi kepentingan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Marhaba 2009 di sini hari ini.

Marhaba 2009 adalah program anjuran International Malaysia-Arab Frontier Sdn. Bhd. (IMAF) yang bertujuan menarik minat pelancong dari Asia Barat berkunjung ke Malaysia dengan penyediaan perkhidmatan kelas pertama dalam pelbagai aspek antaranya pengangkutan, penginapan, tukaran wang asing dan makanan serta minuman.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif IMAF, Akram Youssef dan wakil-wakil dari beberapa kedutaan antaranya Arab Saudi, Yemen dan Qatar.

Dalam pada itu, menurut Tee Keat, kementerian juga sedang meneroka lebih banyak laluan udara baru dan berusaha memperluaskan hak pendaratan di rantau Asia Barat bagi menggalakkan ketibaan para pelancong Arab ke negara ini.

Mengenai laporan bahawa beberapa pemimpin MIC mahu menarik diri dari Kabinet, katanya, semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Najib sebelum ini.

‘‘Perkara seperti ini perlu dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri secepat mungkin.

“Semua pihak wajar terima kenyataan bahawa tidak semua terpilih untuk menyertai barisan Kabinet. Mereka yang dilantik perlulah buat kerja bersungguh-sungguh,” ujar beliau.

http://www.utusan.com.my

One response to “Tee Keat mahu ‘ambil alih’ LPKP ~ Utusan Malaysia

  1. Jay Sinnah Naidu

    Dato,Menteri Pengangkutan Malaysia,
    YB,Menteri,ingin saya cadang supaya dengan tanpa melambatkan proses pengambilan alih LPKP ini kita dapat selamatkan nama negara Kita,makin lama makin teruk akibat pemandu teksi dibandaraya kita.
    Sedang kita melalui masaalah ekonomi yang membimbangkan kita mempunyai sekelompok masyarakat yang tidak bertanggungjawap memburukan nama baik negara kita,pemandu,pemandu teksi di bandaraya sedang menukar jawatan masing-masing,daripada pemandu teksi kini menipu dan menyamun masyarakat jelata dan pengguna-pengguna teksi.
    Tidak ada meter,tidak ada tambang meter tidak mengikut tambang meter,pilih kawasan dan biadap perangai.Ini akan mengancurkan imej negara kita lebihan.
    Naib Presiden,Kuala Lumpur Consumer Association.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s