SMS ugutan ADUN Terengganu: Kerani 31 tahun ditahan seorang blogger ~ Mstar

 

 

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abd. Halim Jusoh menunjukkan salinan aduan polis dan SMS ugutan yang diterimanya selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu pada 13 April lalu.

 

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung penghantaran SMS ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) awal minggu lalu dipercayai juga merupakan blogger yang menulis tentang isu-isu Terengganu.

Suspek tersebut kini ditahan selama empat hari untuk membantu polis Terengganu menjalankan siasatan mengenainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas.

Lelaki berkenaan berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

“Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi,” kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

“Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Barisan Nasional terdiri Datuk Rosol Wahid (Ajil) Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) membuat laporan polis selepas menerima SMS yang mengancam keselamatan mereka.

Penghantaran SMS itu, dipercayai merujuk kepada desas-desus mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung minggu lepas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam reaksinya, Menteri Besar pula berkata, beliau lega dengan tangkapan suspek berkenaan manakala kakitangan pejabatnya tiada kaitan dengan penghantaran SMS berkenaan.

“Kebenaran akhirnya terbukti… Allah Maha Berkuasa… saya tahu bahawa ini akan diketahui satu hari nanti selepas pegawai pejabat saya memaklumkan saya bahawa perisian telah disalahgunakan oleh pakar IT di Kuala Lumpur,” kata beliau apabila dihubungi.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/23/mstar_berita/20090422132855&sec=mstar_berita

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s