Najib cadang dasar pintu terbuka sektor perkhidmatan awam ~ Mstar

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mencadangkan dasar pintu terbuka bagi sektor perkhidmatan awam sebagai satu daripada tiga pembaharuan struktural dalam usaha modenisasi sektor awam.

Najib berkata dasar pintu terbuka itu akan membolehkan pegawai perkhidmatan awam dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebaliknya untuk saling menimba pengalaman.

“Dengan cara ini pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara,” katanya semasa menyampaikan amanat pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh di sini hari ini.

Selain itu Najib berkata bagi mendapatkan bakat yang terbaik, perkhidmatan awam perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan seperti Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Negara yang mempunyai sistem pengenalpastian bakat yang mantap hingga menjadikan mereka organisasi yang hebat.

“Kita akan menghantar yang terbaik dikalangan penjawat awam untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti Kennedy School of Government, di Universiti Harvard, dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania,” katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/28/mstar_berita/20090428111603&sec=mstar_berita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s