PKR bukan popular di Penanti ~ Utusan Malaysia

Oleh HASNURUL MOHAMED 
utusanpenang@utusan.com.my

TASEK GELUGOR 30 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pilihan popular dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini apabila rakannya dalam pakatan pembangkang, Pas juga berhasrat meletakkan calonnya.

Menurutnya, keputusan Pas itu juga menunjukkan bahawa pengundi di kawasan berkenaan menolak PKR walaupun kedua-duanya berada dalam pakatan yang sama.

“Apabila Pas mengatakan bahawa mereka akan meletakkan calonnya, itu merupakan hasrat penduduk untuk mendapatkan seorang wakil rakyat daripada Pas.

“Sebab itulah mereka membuat keputusan macam itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Majlis anjuran Biro Pendidikan UMNO Kepala Batas dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irsyad.

Dalam majlis yang sama, seramai 500 pelajar cemerlang menerima baucar bagi membeli buku tambahan untuk mempertingkatkan lagi prestasi cemerlang mereka dalam akademik.

Abdullah berkata, tidak mustahil berlaku pertelingkahan dan masalah dalaman di kalangan parti pakatan pembangkang apabila dua calon mereka diletakkan untuk bertanding di DUN Penanti.

Beliau percaya, rakyat sudah ‘perasan’ akan kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu.

Bagaimana menurut Abdullah, hasrat Pas itu hanya andaian semata-mata kerana setakat ini mereka belum memutuskannya dan kemungkinan ia dibuat untuk meraih simpati.

http://www.utusan.com.my

2 responses to “PKR bukan popular di Penanti ~ Utusan Malaysia

  1. rahman,ahchong,muniandy

    Jika diteliti peranan Melayu di Pulau Pinang kini yakni semenjak PR mengambil alih kerajaan dari BN dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional adalah amat jelas perbezaannya. Lihat bagaimana Cina DAP telah menguasai hampir keseluruhan EXCO Negeri. PR Melayu hanya diberi peranan memegang portfolio ‘Second Class’ yang tidak penting manakala portfolio penting seperti kewangan, tanah, pembangunan dan kerjaraya dikuasai oleh orang Cina. Berbanding kerajaan terdahulu walaupun Ketua Menteri dipimpin oleh Gerakan namun EXCO Melayu UMNO masih diberi peluang memegang portfolio kewangan dan portflio penting lain.

    Alasan yang diberikan Anwar bagi menjelaskan penguasaan DAP adalah amat mudah. Kononnya dengan perubahan senario politik ini yakni memberi lebih kuasa kepada orang Cina dapat menghapuskan kronisme dan penyelewengan yang menurut Anwar sering dilakukan oleh pemimpin UMNO dulu walhal tidak pernah sekalipun tuduhan tersebut disertakan dengan bukti yang sahih. Lebih menyedihkan lagi kini, sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.

  2. Datang beramai2 malam ini 29hb May 2009 di Simpang Tiga Kubang Ulu untuk mendengar siri ceramah Kak Min dengan beberapa speaker bekas pimpinan tertinggi PKN dan PKR. Beberapa pendedahan akan dibuat malam ini berkenaan halatuju sebenar PKR yang telah menyimpang.. Hebahkan… datang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s