TPM arah kajian PPSMI dilanjutkan ~ Utusan Malaysia

 

KUALA LUMPUR 4 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk ‘menunggu lebih lama’ bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.

”Hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila saya telah berpuas hati, sama ada ia telah dijalankan dengan mendalam mengenai kesan dan adakah ia boleh ditambah baik.

”Adakah perlu berlaku perubahan dasar dan apabila ia sudah lengkap dari semua sudut ia akan dibentangkan ke Kabinet, sekarang ini ia belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pertama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat keperluan untuk melanjutkan kajian PPSMI itu memandangkan terdapat hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berlainan dengan hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat.

Katanya lagi, maklumat yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat yang dibuat oleh kementerian adalah berdasarkan kepada perasaan individu terlibat, tetapi apa dibuat oleh penyelidikan bebas ini berdasarkan bukti.

”Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI,” katanya.

http://www.utusan.com.my

One response to “TPM arah kajian PPSMI dilanjutkan ~ Utusan Malaysia

  1. Abd Nasser

    Gagasan Satu Malaysia mesti bertunjang 1 bahasa sbg alat perantara. Tidak boleh celaru. Sudah semestinya bahasa Malaysia tak kira dari bidang/aliran manapun walaupun menyentuh aspek penguasaan bidang sains dan matematik. Kenapa? Tak yakin kah kita boleh maju dalam kedua bidang ini kalau kita guna bahasa sendiri. Cadang nak sokong `Satu Malaysia Satu bahasa’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s