ISA: 13 lagi dibebas ~ Utusan Malaysia

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

 

PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.

Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu – kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.

Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47.

Turut dibebaskan tiga warganegara Malaysia iaitu suspek pemimpin gerakan militan Jemaah Islamiah (JI), Zulkepli Marzuki serta dua orang yang disyaki penyokong Darul Islam (DI), Jeknal Adil dan Adzmi Pindatun.

Dua rakyat Indonesia iaitu Zainun Rasyid yang dipercayai penyokong JI dan Aboud Ghafar Shahril yang disyaki ahli DI juga dibebaskan.

Dalam pada itu, rakyat Filipina yang dibebaskan ialah Sufian Salih (JI), Hasim Talib (JI), Abdul Jamal Azahari (DI), Yusof Mohd. Salam (DI) dan Husin Alih (DI).

http://www.utusan.com.my

2 responses to “ISA: 13 lagi dibebas ~ Utusan Malaysia

  1. Ha..ha…ha…UMNO/BN dah ketar-ketar dah…dah keluar kencing dah…ketakutannnn….apa tak takutnya…nak pilihan raya plak lps ni kat Kota Alam shah….nak mampos……

    Sebenarnya UMNO/Bn ni tak kuat….sgt lemah skrg ni….meraka ada 14 gabungan BN namun mereka tak dpt lawan pakatan rakyat yg hanya ada 3 gabungan parti politik jer…..tu tandanya umno smakin lemah terkulai layu….
    UMNO dibantu olh media, polis pun kalah jugak……

    OK…aku tetap yakin ADUN Manoharan akan tetap letak jawatan dia…..UMNO/BN siap sedialah untuk rakyat jerut pulak leher kamu sampai tak bernafas….hari tu ko jerut PR di Perak….kali ni giliran kamu plak….

    UMNO/BN hanya takut pd kuasa rakyat jer….kuasa lain dlm pokek mereka jer…

    nah…PRK dan PRU 13…kuasa rakyat akan menentukan kamu UMNO akan kalah teruk nanti….bersedialah….bila kamu dah kalah nanti…baru lah aman dunia skit….

  2. salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya di blog saya…tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s