Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia ~ Mstar

PULAU PINANG: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab-sebab kemanusiaan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

“Keganasan komunis yang melampau seperti pada tahun-tahun 50an tidak lagi diamalkan (dan) komunisme di seluruh dunia termasuk di China dan Rusia telah mengalami transformasi dan kini menuju ke arah perjuangan berasaskan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lepas.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

“Beliau sudah berusia 85 tahun, dan ingin kembali ke negara kelahirannya tetapi rayuannya telah ditolak,” kata Teng. BERNAMA

 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/20/mstar_berita/20090520190026&sec=mstar_berita                                                                                        

4 responses to “Gerakan harap Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia ~ Mstar

  1. SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA.

    PD PENDPT SY, TAK PAYAH LE CHIN PENG TU BALIK KRN BELIAU MERUPAKAN PEMIMPIN YG PERNAH MEROSAKKAN KEAMANAN TANAH MELAYU SUATU KETIKA DULU.BIAR DIA TERIMA PENGAJARAN APA YG TLH DI LAKUKANNYA PD SUATU MASA DULU.
    BAGI KAMI TERUTAMA ORG MELAYU MERASAKAN SATU KEAIBAN ANDAIKATA CHIN PENG DI BERI PELUANG PULANG KE MALAYSIA.MESKIPUN SY DLM PKR, BAGI SYA IANYA AMAT SENSITIF TAK PAYAH NAK SEBUT NAMA CHIN PENG LAGI KRN IANYA DAH JADI SEJARAH.MCM MANA PENDAPAT SY SAMA JUGA PENDAPAT ORG MELAYU DI DLM UMNO DAN PAS.INGATTTT…INGAT WOOOIIIII… CAKAP BOLEH SEBARANG CAKAP1?

    HITAM EMPAT BELAS 1999

  2. Chin Peng…
    datang la cni…
    anggota PDRM menanti dengan senyuman…
    nak tau sebab ape…
    perajurit² kami..mentor² kami banyak meninggalkan balu²..
    berapa bnyak kau nak tgk arwah ayah² kami mati?nak kami buktikan…
    aku masuk PDRM sebab SALAH SATU nye…behadapan KOMUNIS..
    satu nyawa CHIN PENG sama tak dengan beribu terkorban dulu??

  3. kalau chin peng balik ramai wartawan akan serbu dia. banyak naskah2 berita2 artikel2 yang terhasil. maka tersurat lah satu hero dongeng kepada generasi sekarang yang tidak tahu azabnya perbuatan komunis dulu. biarlah kita hilang seorang chin peng daripada beribu-ribu yang akan bangkit memberontak dan huru-hara semula malaysiaku ini seperti zaman komunis dulu .dahlah huru-hara dengan pemimpin yang mudah lupa (melayu mudah lupa)

  4. Manusia2 yg nak sangat chin peng tu d benarkan balik, adalah manusia PENGKHIANAT.. Yg patut sangat d tebas dgn parang panjang…kpd semua anak2 muda bangsa ku…kalian mungkin tak tau bagaimana azabnya bapak2 dan anak2 muda dahulu bangkit melawan Kominis HaramJadah dgn hanya bersenjatakan parang panjang saja…jangan sampai sejarah berulang…ingat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s