Chua Jui Meng umum sertai PKR ~ Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di hadapan 800 hadirin dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jui Meng turut mengisytiharkan keluar daripada parti MCA.

“Hari ini saya membuat keputusan penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR serta melepaskan jawatan saya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum anjuran PKR di Bandar Sunway di sini hari ini.

Turut mengikuti langkah Jui Meng ialah bekas Ahli Parlimen Lumut pada penggal 1995-1999, Datuk Dr. Yap Yit Thong dan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk David Yeoh.

Menurut Jui Meng, antara alasan utama beliau menyertai PKR ialah kerana agenda perjuangan parti itu mempunyai persamaan dengan wawasan yang didokong oleh beliau.

“Banyak perkara yang setuju dengan apa dibawa oleh PKR, iaitu memperjuangkan hak segala kaum di dalam satu landasan tanpa ada sebarang diskriminasi.

“Jika ada idea serta dasar perjuangan PKR yang bercanggah dengan saya, saya tidak akan masuk PKR malah kemasukan saya dalam PKR adalah tanpa sebarang syarat.

“Sewaktu saya bertanding pada pemilihan jawatan Presiden MCA pada 2005 dan 2008, kebanyakan perkara yang disentuh dalam manifesto saya tidak banyak beza dengan apa yang ingin diperjuangkan oleh PKR,” katanya.

Jui Meng mengakui terpaksa mengambil keputusan yang agak lama untuk menyertai PKR kerana ingin membuat reformasi terhadap parti MCA terlebih dahulu.

Ditanya mengapa sebelum ini beliau menafikan mahu menyertai PKR, beliau berkata, media sebenarnya membuat salah tafsiran.

“Saya sebenarnya tidak memberi jawapan menafikan, cuma saya hanya berkata akan memberitahu pada masa yang sesuai,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Advertisements

4 responses to “Chua Jui Meng umum sertai PKR ~ Utusan Malaysia

  1. tindakan yg baik!
    membuktikan PKR semakin kukuh!
    berbanding BN yang semakin lesu,malap, goyah,dan terbukti akan berkubur……….

  2. penulis_cyber

    ramai yang kecewa dalam BN pindah ke PKR. kenapa ? lu pikirlah sendiri..jelas pemimpin yang keluar dan join PKR adalah pemimpin yang mahukan sesuatu atau diberikan sesuatu berupa janji ?

  3. sebab mereka tinggalkan umno kerana parti BN ni
    terlalu ego dan pentingkan kebendaan,jadi apa lg pakat dan ramai2 lah kita rakyat malaysia menyertai pakatan rakyat

  4. penulis_cyber

    bukan, sebab dia tak diterima lagi dalam parti dia. yang rosak rosak je sudi menyeberang ke sana…kan ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s