Arak: Selangor tidak larang ~ Utusan Malaysia

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 7 Ogos – Kerajaan negeri Selangor hari ini membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri ini.

Sebaliknya, kerajaan negeri meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, buat permulaan konsep kawalan sendiri akan dikuatkuasakan di 52 premis perniagaan dan kedai serbaneka di Shah Alam dengan menumpukan 17 premis di Seksyen 1 hingga Seksyen 24.

Menurut beliau, ia akan diseleraskan di seluruh negeri jika konsep itu berjaya mencapai tujuannya selepas tempoh sebulan.

”Kerajaan negeri berpendapat baik guna konsep kawalan sendiri yang mana penjual faham kehendak pengguna iaitu di kawasan yang tidak ada permintaan atau tidak perlu penjualan dibuat, maka mereka tidak perlu jual atau pamer minuman keras.

”Jadi dengan konsep ini, tidak perlulah banyak undang-undang digubal dan saya tahu ini memang keputusan yang orang tidak sangka.

”Dengan ini juga, draf yang dicadangkan oleh Pas itu takkan dilaksanakan kerana kita pilih nak belajar bagaimana laksanakan konsep ini (kawalan sendiri),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mazalan Md. Noor serta wakil kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven dan Kumpulan Syarikat KK di sini hari ini.

Selasa lalu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mendesak agar portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu ditarik balik ekoran beberapa masalah yang ditimbulkan wakil rakyat DAP itu berhubung isu penjualan arak.

Pas turut memaklumkan akan segera mengemukakan draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan mencadangkan agar minuman keras tidak boleh dijual di kawasan yang majoriti penduduk Islam.

Bagaimanapun, desakan menarik balik portfolio Ronnie telah ditolak mentah-mentah dan hari ini cadangan mereka agar minuman keras tidak boleh dijual di kawasan yang majoriti penduduk Islam pula diketepikan.

Mengulas lanjut konsep kawalan sendiri, Abdul Khalid berkata, konsep yang mendapat kerjasama pemilik premis kedai serbaneka itu diharap dapat mengekang masalah sosial.

Selain itu, kata beliau, ia juga menunjukkan toleransi kerajaan negeri kepada peniaga serta memahami keperluan serta tanggungjawab kepada rakyat yang pelbagai budaya, kaum dan agama.

Ditanya sama ada kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini akan turut serta dalam konsep itu, beliau berkata, mereka juga sedang membuat kajian sama ada untuk menarik semula penjualan minuman keras di premis itu atau sebaliknya.

Sementara itu, Mazalan ketika ditemui berkata, pihaknya akur dengan keputusan tersebut dan akan bekerjasama dengan semua premis perniagaan serta kedai serbaneka di bandar raya ini untuk merealisasikan konsep tersebut.

”Dalam sebulan ini, kita akan tumpukan di Seksyen 1 hingga Seksyen 21 Shah Alam di mana terdapat 17 kedai serbaneka yang akan melaksanakan sistem ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Dr. Doughlas KK Chai pula berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan konsep itu kerana hanya mempunyai satu cawangan di Shah Alam iaitu di Seksyen 9 di sini.

Menurutnya, konsep itu mungkin memberi kesan kepada perniagaannya, tetapi ia akan membawa kebaikan kepada semua pihak terutama dalam mencegah masalah sosial yang berpunca daripada arak.

http://www.utusan.com.my

4 responses to “Arak: Selangor tidak larang ~ Utusan Malaysia

  1. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
    Tarikh : 11 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

  2. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    dari klik tersebut dapat jugak saya 10 sen…
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih

  3. Inilah ragam manusia apabila sudah terdesak , kerana hendak mencapai matlamat yang hanya bertaraf dunia di sisi Tuhan, sanggup menghalalkan cara. Bahkan tanpa rasa takut dan malu kepada Allah SWT mengajak pula manusia melakukan kemungkaran dan dosa tersebut. Inilah hasilnya apabila rasa bertuhan dan rasa kehambaan tidak wujud di dalam hati dan ibadah tidak membawa hati hampir kepada Tuhan tetapi menjauhkannya.

  4. BESARKAN TUHAN

    Seorang bekas model wanita dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. dalam masa yang sama Sel membenarkan jualan arak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s