Kerajaan Pakatan rakyat mula dipersoalkan rakyat – Najib

PEKAN: Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

“Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang.

“Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.

Pada majlis itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut diejek dan dilemparkan kata kesat oleh lebih 200 penduduk Seksyen 23 yang menyertai sesi dialog berkenaan.

Najib berkata apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku.

“Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.

“Bila mereka ada kuasa, mereka menghadapi begitu banyak masalah, sama ada masalah itu disebabkan mereka gagal menunaikan janji (pilihan raya umum lepas), (atau), masalah keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan rakyat, atau masalah itu berbangkit kerana ketidaktepatan dan kecuaian membuat keputusan dalam sesuatu situasi,” kata Najib.

Ditanya sama ada kerajaan Pusat akan campurtangan atau membantu kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata kerajaan pusat tidak dapat membantu kerana soal tapak baru kuil terbabit adalah bidang kuasa sepenuhnya kerajaan negeri.

Ditanya mengenai calon BN untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Najib berkata perkara itu masih terlalu awal.

Beliau sekali lagi turut ditanya mengenai bonus kepada penjawat awam: “(Itu kena) tanya KSN (Ketua Setiausaha Negara),” katanya sambil ketawa.

Terdahulu, beliau melakukan ziarah ke beberapa buah rumah warga uzur dan tua di kampung Padang Jaya, Jaya Gading, Kampung Sri Damai, Kampung Bentan dan Kampung Pulau Serai, serta meninjau mangsa ribut di kampung Panchor, Pekan.

Mengulas mengenai lawatan ziarahnya itu, Najib berkata kaedah berkenaan merupakan amalannya sejak sekian lama sebagai anggota parlimen Pekan.

“Saya dapati cara ini sangat berkesan kerana saya dapat melihat keadaan itu sendiri, dan menemui penghuni rumah berkenaan yang memerlukan bantuan kerajaan mahupun Yayasan Taha,” katanya. BERNAMA

Sumber : Mstar Online

3 responses to “Kerajaan Pakatan rakyat mula dipersoalkan rakyat – Najib

  1. Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

    a) Tarikh: 23 Ramadhan 1430/ 13 September 2009 (Ahad)
    Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahri
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Selangor
    Kitab: Sair as-Salikin

    http://pondokhabib.wordpress. com

  2. Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg

  3. Assalamualaikum kwn semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s