Tembak pemuda mengamuk tindakan betul – Polis

KANGAR 15 Nov. – Tindakan polis menembak lelaki yang mengamuk mahu membunuh rakannya dengan pisau di Guar Sanji, Arau, semalam, dibuat atas asas menyelamatkan diri setelah diserang dan bukan untuk membunuh penyerang terbabit.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa menegaskan, langkah itu diambil setelah sepasukan anggota polis melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi tidak diendahkan oleh pemuda itu.

“Tembakan tersebut dilepaskan semata-mata untuk menyelamatkan diri. Ia jalan terakhir anggota polis ketika berdepan dengan individu yang meluru untuk menyerang polis bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging.

“Sebelum itu, kami berusaha pelbagai cara untuk memujuknya agar bertenang supaya dia tidak meneruskan niat membunuh rakannya. Tetapi, apabila pemuda itu menyerang polis, kami terpaksa melepaskan tembakan.

“Saya akui sasaran tembakan ke arah kaki. Namun begitu ia terkena badan. Apa pun pihak kami akan menyiasat sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sambil menafikan tuduhan sesetengah pihak kononnya tembakan polis disasarkan ke arah badan.

Kata Jamshah lagi, dalam kejadian tersebut, pemuda yang mengamuk itu bertindak liar sambil menjerit-jerit, melompat dan mengancam keselamatan penduduk walaupun telah dipujuk lebih satu jam oleh polis.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi semalam, Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, mati ditembak ketika mahu menyerang sepasukan polis yang cuba memujuknya agar tidak membunuh rakannya dengan pisau pemotong daging.

Terdahulu, peniaga kedai makan di Balai Baru, Beseri, Padang Besar itu membelasah rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan besi dan kayu kira-kira pukul 5.30 pagi.

Sesudah membelasah kontraktor terlibat, pemuda itu terus ke Balai Polis Arau mengadu dia yang dianiayai rakan mahu mengajar rakannya itu dengan membunuhnya.

Jamshah memberitahu, siasatan lanjut polis berhubung kes itu mendapati, pemuda tersebut bukan berjalan kaki dari Alor Setar ke Arau seperti dilaporkan semalam, tetapi menaiki kereta bersama dua rakannya.

Kata beliau, rakannya yang diserang itu pulang menaiki kereta bersama teman wanitanya setelah memaklumkan kepada Mohamad Taufiq yang dia perlu pulang awal kerana urusan kerja pagi semalam.

“Mohamad Tawfiq pula dilaporkan pulang menaiki kereta bersama dua wanita lain yang juga rakannya,” ujar beliau sambil menyatakan polis masih meneruskan siasatan lanjut.

 

http://utusan.com.my

7 responses to “Tembak pemuda mengamuk tindakan betul – Polis

  1. macamana Allahyarham nak mengamuk kalau tangan bergari kebelakang? Fikirkanlah…membunuh seorg muslim sama dgn membunuh semua org islam didunia…jgn nak menafi…!!

  2. Mana yang betul ni, si mengamuk kah atau si polis.. Kita terperangkap dalam situasi itu dan perlu bermula dengan “Kasih” barulah semua itu tidak akan terjadi.Percayalah.

  3. kalau tangan bergari cam mana nak pegang pisau potong daging, nak tunggu budak simati tu tetak polis dulu baru nak tembak ke? silala manja patut masuk polis supaya jd mangsa tetak org tak siuman sebagai wakil pdrm. baru rasa cam mana rasa jd polis yang tembak tu.

  4. masyarakat asyik salahkan polis, tapi tak fikir kalau tak ada polis dah macam mana kehidupan rakyat malaysia skrg ni. kepada silalamanja, kalau ada masaalah jgn mengadu kat polis, pi mengadu kat rela @ krt.

  5. Polis bgus ,esok2 tembak la ,orang lagi..jangan tangkap tembak terus. Siapa yang disyaki pesalah. Tak salah pun tembak gak. Mcm matrempit dok bsing2 kat jalan raya

  6. Kes ni dah jadi mcm mana sekarang sunyi sepi.
    Kalau anda ada cerita terbaru kes tembak pemuda amuk pisau sayuran.d arau tlg hubungi ditalian 0125549604
    Angah,mie,pakshampida.matkeribaharom danpakcinmisai007777

  7. Tennonajmi

    “Masyarakat asyik salahkan polis”? Jadi masyarakat ni tak bertimbangrasa la yek? Maknanya, kalau ada salah laku polis pun, takyah buat siasatan dan diamkan diri la? Polis ni malaikat ke? Huh…
    Macam ni la. Kalau IGP tarik balik polis drp meronda, agaknya masyarakat setempat boleh wujudkan rondaan sendiri. Peruntukan? Kerajaan boleh bagi insentif potongan cukai2. Ye la, kan duit cukai tu jugak yang guna bayar gaji polis untuk jaga keamanan? So, skarang biar masyarakat setempat guna sendiri untuk jaga keamanan diaorang.
    Kalau polis dah tak kerja, agaknya, wajar ke guna duit kerajaan (baca: rakyat) untuk bayar gaji?
    Jadi, putar sana, putar sini, kewujudan polis dan masyarakat tu simbiotik, saling memerlukan. Tapi tak bermakna mana-mana pihak (baik msykt atau polis) untuk melanggar undang2. Kalau ada yang melampaui batas, keadilan perlu ditegakkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s