Doa : Najib tak minta Nik Aziz tarik balik kenyataannya

 

30/11/2009 10:48am

Oleh Zulkefli Hamzah
PORT OF SPAIN 30 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu kerana ramai umat Islam merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009) di sini hari ini. – Utusan

 

http://www.utusan.com.my

4 responses to “Doa : Najib tak minta Nik Aziz tarik balik kenyataannya

  1. makhluk yang jahat yang berterusan membuat kezaliman, memfitnah, merompak, menguasai sekehendak hatinya tidak berlaku adil dan memutar belitk dll padahal ia berkuasa, memang layak didoakan untuk hancur n musnah jika sudah dinasihati dibuktikan kesilapannya dan diperingati tetap degil seperti kisah dan keterangan dalam alquran yg berlaku kepada zaman nabi-nabi allah sejak adam hingga muhammad saw

  2. Baiknyerrr pak jib. Haha.

  3. peribadirasulullah

    Sebenarnya apa yang TGNA lakukan mendapat penghormatan rakyat malaysia dan mendapat sokongan daripada para Malaikat kerana beliau sentiasa mendampingi Allah SWtTsetiap masa, beliau mendahulukan kehendak Allah daripada kehendak manusia, beliau MB yang warak, MB yang tidak makan Rasuah, MB yang zuhud, oleh itu beliau mendapat segala penghormatan dari semua Makhluk ciptaan Allah… Wahai Umno jangan tuduh TGNA dengan tuduhan Jahat.. Ketahuilah bahawa UMNO ditolak kerana pemimpin UMNO tidak ada yang memperjuangkan Islam dan tidak Mendampingi Allah setiap masa…Umno dotolak kerana UMNO sendiri tidak boleh menerima cara hidup hidup Islam… Malah UMNO memperlihatkan kehidupan Syaitan melalui TV Syaitan..TV3…. cukuplah dengan kesesatan pada AQIDAHnya jangan pula mempengaruhi dan menyesatkan orang lain….. layarilah blog saya untuk lebih mengenali mereka yang mati husnul Khatimah, melihat kubur-kubur para nabi yang bercahaya,, dan berbagai penipuan yahudi kepada umat Islam serta dimana sebenarnya MARUAH Islam sekarang…salam Ukhuwah Islamiah daripada saya…

  4. cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan, hanya nabi muhammad s.a.w sahaja yang maksum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s