Kedah, K’tan belum cadang larang sertai BTN

Abdul Rahim Sabri
Nov 30, 09
4:12pm

 

Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan untuk melarang kakitangan kerajaan negeri menghadiri program anjuran Biro Tatanegara (BTN).

Kedua-dua negeri Pakatan Rakyat itu akan memutuskan perkara tersebut sekiranya ia dibangkitkan dalam mesyuarat parti sebelum diputuskan dalam mesyuarat exco.

“Kita tidak pernah bincang dan buat apa-apa keputusan mengenainya. Kalau perkara itu berbangkit dan ramai yang mendesak, kita akan bincang dan jadikan sebagai satu keputusan,” kata Setiausaha PAS Kedah, Muhammad Yusof Husin.

Tambahnya, setakat ini isu tersebut masih belum berbangkit kerana PAS negeri menumpukan isu yang lebih penting seperti kemungkinan adanya pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh – akibat pertikaian kekosongan di situ yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Buat apa kita cari gaduh dengan orang,” kata Muhammad Yusof.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berkata beliau tidak mahu bersikap seperti “pak turut” sebaliknya akan mengkaji terlebih dahulu modul kursus biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, exco kerajaan Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan pula berkata, kerajaan PAS itu masih belum membuat keputusan berhubung larangan menyertai BTN program seperti diputuskan di Selangor minggu lalu.

Beliau, yang mengetuai Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, berkata perkara tersebut kemungkinan akan dibincangkan di peringkat exco jika ia dibangkitkan.

“Sekiranya tidak ada isu, maka ia tidak akan dibangkitkan (dalam mesyuarat exco),” katanya.

Rabu lalu, kerajaan Pakatan di Selangor melarang kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya daripada menghadiri program anjuran BTN dengan alasan ia didakwa tempat “indoktrinasi kerajaan BN untuk menimbulkan fenomena yang agak perkauman seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama.”

Manakala Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dilaporkan semalam berkata kerajaan negeri bercadang mengikut jejak langkah Selangor.

http://www.malaysiakini.com/news/118619

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s